Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Nov-2010 01:13 Email | Share | Bookmark
Mengacau Dodol Di Kampong...

 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum....

Hampir 2 minggu rupanya ye tak update FP.. apa khabar semua? Semoga semuanya berada dlm keadaan sihat2 belaka... Dikesempatan ini.. aku nak ucapkan salam takziah kepada keluarga adik ipar ku (suami Angah) kerana ibunya yang menderita kanser telah kembali kerahmatullah selepas maghrib petang semalam. Al-Fatihah...

Oklah.. hari ni aku nak update cerita terbaru masa balik kampong bebaru ni iaitu masa cuti Deepavali.. (cerita yg lama2 biar kita peram dululah) Minggu tu sepatutnya cik abangku kerja.. (coz jadual cutinya 2 minggu sekali) tapi last minit tiba2 je bos arahkan suruh cuti.. ni mesti kes takmau bayar OT... hehe.. yelah.. kalau kerja time Deepavali tu sah2 kena bayar OT double atau tripple... Bila bos dah bagi cuti.. abang pun apa lagi.. mulalah ada perancangan mengejut dia.. hehe.. Terus dia telefon maknya kat kampong ajak kacau dodol ramai2 lagipun.. raya haji dah tak lama lagikan... Bila mencapai persetujuan ramai.. abang pun beli ler segala bahan2 untuk persediaan mengacau dodol kat kampong.. antaranya ialah tepong pulut, tepong beras, gula pasir & gula merah.. kelapa guna kelapa free aje kat kampong yang melambak tu...

Ok jom tengok xtvt mengacau dodol.. Gambar tak banyak ye sebab aku pun sibuk juga membantu mana2 yang patut.. memang tak sempat nak ambik gambar sangat.. kalau asyik pegang handphone aje.. bila kerja nak siap? Mengacau dodol ni dah petang dah sebab tengahari tu tunggu kaum lelaki habis solat Jumaat.. then barulah kami mulakan tugasan masing2.. Kami kacau dodol ni kat rumah mak sedara hubby sebab kawah ada kat situ... so dah malas lah nak angkut sana sini.. so bawak semua bahan2 ke rumah makciknya.. siap makan tengahari & makan malam pun kat sana.. apa taknya.. mula jerang pukul 4.30 petang & siap sepenuhnya pukul 11 malam...





Ok.. aku tuliskan resepi dodol yang dibuat masa kat kg baru2 ni yer.. Mungkin ada kelainan dengan cara kat kg/negeri masing2.... tak kisahlah.. asalkan dodol yang dihasilkan sedap & secukup rasa & lemaknya sudahlah betul tak..? Resepi ni kuantiti bahan2 lain semuanya tepat.. cuma kuantiti air/santan aje yang aku kurang pasti sebab masa membancuh tu takde sukat2 pun.. main bancuh je.. jadi aku agak2 sendiri jer mengikut apa yang aku tengok..

Quote:
Sumber : Mak & Makcik2 Hubby

Bahan2
40 biji kelapa~ diparut

10 kg tepong pulut
1 kg tepong beras
11 kg gula pasir
2 kg gula merah (boleh guna gula melaka tapi lebihkan kuantiti gula melaka & kurangkan kuantiti gula pasir sebab gula melaka warnanya kurang terang)

Cara2
1. Kelapa diperah santannya lebih kurang 3 ~ 3 1/2 baldi. (sekadar anggaran aku sahaja)
2. Bancuh tepong pulut & tepong beras bersama2 sebahagian dari santan sehingga rata. Tapiskan jika perlu.
3. Sediakan api menggunakan kayu api untuk memasak dodol. Bila api dah hidup & kayu dah membara bolehlah ditenggekkan terus kawah di atasnya. Masukkan santan lebihan dari membancuh tepong tadi beserta gula pasir ke dalam kawah & didihkan sambil dikacau2 sentiasa.4. Sementara itu.. dalam periuk yg lain, masak gula merah bersama2 dengan 1 jag air sehingga gula larut. Tapiskan terus ke dalam kawah berisi santan tadi.
5. Masukkan bancuhan tepong sambil dikacau dan teruskan mengacau sehingga dodol masak anggaran 6 ~ 7 jam tanpa henti atau sehingga dodol kental.

Nota MaDiHaA : Bila dodol dah agak pekat.. kurangkan sedikit bara api sebab jika guna api yg besar takut cepat hangit.. tukang kacau mestilah 2 orang bagi tiap2 masa.. maksudnya.. kacau tanpa henti dari mula sehingga masak menggunakan dua sudip ~ semestinya tukang kacau lebih dari dua orang sebab mengacau dodol dengan kuantiti yang banyak.. mestilah kena bergilir2 sebab tersangatlah penat.


Sekian dulu untuk kali ni... & tak lupa selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Kepada yang menunaikan haji pada tahun ini semoga pulang dengan selamat & mendapat haji yang mabrur.. Amin..

Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net