Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Nov-2010 07:11 Email | Share | Bookmark
Aidiladha 2010 & Open House Aidilfitri Rumah Tokcu...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
AIDILADHA 2010

Salam Jumaat & salam aidiladha...

Raya haji dah pun berlalu... cuti 3 hari sempena raya.. hari ni baru masuk kerja & gagahkan jugak update FP

Raya aidiladha tahun ni kami tak balik kg mana2. Sepatutnya giliran beraya dirumah mertua di Raub. Tapi ibu mertua pula nak balik beraya ke Kelantan dengan adik2 iparku. Kami tak dapatlah nak ikut serta balik Kelantan sebab cuti tak lama.. lagipun.. kekurangan modal.. Jadi kami ambil keputusan utk beraya di PJ saja... Inilah pertama kali beraya dirumah sendiri.. Memang agak bosan.. tapi nasib baik ada makcik kat sini yg jugak tak balik kg. Jadi adalah juga tempat untuk kami melepak.. hehe.. Selain tu.. sempat juga pegi beraya ke rumah pengasuh anak2 & juga bekas pengasuh anak sulungku.. Tak dapat nak berjalan jauh2 ke rumah kawan2 sebab anak dara kecik ku tak berapa sihat masa hari raya tu.. demam & perutnya meragam.. beberapa kali muntah.. asyik kena tukar baju saja..

Meh ler layan gambar yg tak seberapa ni... Gambar memang tak banyak sebab handphone kehabisan bateri..


Menu kami di pagi raya... gagahkan juga masak menu raya walaupun tak berapa semangat nak masak.. hehe.. Ikut pusingan jam.. ketupat segera, rendang hitam daging (abang yang masak), kuah kacang (feberet abang) & kuah lontong /lodeh berkari (resepi my mum ~ feberet aku & anak2). Kuah lodeh berkari tu masak pagi2 raya... Alhamdulillah.. dapat juga makan ketupat dengan kuah lontong berkari yang biasa ma masak setiap pagi raya. Kalau tak.. mesti rindu giler dengan masakan ma.. walaupun tak sesedap air tangan ma.. tp kira okeylah.. hehe.. Lepas abang balik dari masjid.. sempat dia tukar baju melayu ke baju biasa & turun semula dengan anak bujangku untuk pegi kat tempat orang melapah lembu korban. Cadang2 nak tolong melapah.. dah siap asah parang bagai malam sebelumnya.. tapi last2 balik semula sebab katanya.. orang yang melapah ramai sesangat sampai tak cukup lembu.. (lembu 6 ekor) hehehe.. mesti sebab ramai yg tak balik kg kot sebab cuti raya ditengah2 minggu.. sebab tu ramai yg menolong.. jadi akhirnya dia balik rumah semula & tak tunggu pun untuk ambil daging korban sedangkan kupon dah ada orang bagi untuk collect daging korban. takpelah.. takde rezeki kami.. lagipun kami keluar beraya dan hanya balik rumah sebelum maghrib..


Muka budak tak sihat.. (tengoklah rambutnya tu.. tokcunya tersalah gunting pendek sangat! huhu..) Ambil gambar si kecik yg tak sihat ni sebelum masuk kereta. Bergambar depan deretan kedai berhampiran parking kereta. Kedai2 semuanya tutup sebab cuti raya.. jadi bolehlah ambil gambar.. hehe.. Selalunya depan kedai ni sentiasa ramai orang lalu lalang.. tapi hari raya baru ni lengang!


Sementara tunggu enjin kereta panas.. duduk2 kejap... bukan senang nak ambik gambar si kecik ni... asyik bergerak je.. dahla ibu pakai kamera handphone je..


Sampai rumah Sujah (tokcu budak2 ni).. kazenku Ida dah lama ada sana... hehe.. Pastu apalagi.. dah namanya raya.. makan jelah kejenya.. hehe.. Sujah masak ketupat, pulut kuning, sayur lodeh, rendang daging, kuah kacang & puding triffle sebagai pencuci mulut. Menu yg 4 jenis tu seakan2 sama dengan menu kami.. cuma versi je lain2.. hehehe... Ini je gambar yg last sempat diambil.. gambar daging kambing korban jiran Sujah bagi pun tak amik gambar.. lepas tu terus handphone ku kong kehabisan bateri.. huhu.. Lepas asar pegi beraya rumah bekas pengasuh anak sulungku yang merupakan jiran lama Sujah.. so Sujah pun ikut sekali.. borak2 sampai kul 6 petang.. huhu.. Kami pulang rumah hampir maghrib.. lepas mandi & solat maghrib.. keluar lagi beraya ke rumah jiran sebelah pula sebab dari semalam dia pesan jemput kerumahnya.. Nak singgah siangnya masa kami keluar dia pula takde kat rumah.. so malam pun takpelah kan.. dah namanya raya.. siap Kak Ina jampikan kunyit & kapur utk Alin yg demam.. lepas beraya rumah Kak Ina.. pegi pula rumah Cik Ani pengasuh anak2ku.. pastu.. singgah lagi rumah Sujah sebab dah janji ngan kazen2 nak berbbq malam tu.. bakar 3 ekor ikan besau2 dengan sosej cicah air asam.... sangat full kami semua.. huhuhuu.. penat seharian berjalan hingga lewat malam & makan2 tak henti... tapi oklah juga ada xtvt.. sekurang2nya taklah bosan kat rumah aje..


OPEN HOUSE AIDILFITRI RUMAH TOKCU
Ok.. ni pulak aku rangkaikan sekali gambar2 masa open house raya puasa kat rumah Sujah... dah lama sangat terperap gambar ni.. jadi aku masukkan sekali dalam satu entry.. hehe...

Open house ni Sujah buat untuk kawan2 anak2nya serta anak2 sedara yg ada kat KL ni & kawan2 rapat aje... majlis berlangsung pada 24 Syawal bersamaan 3/10/2010. Macam2 menu yang Sujah masak dengan dibantu anak2nya seperti dalam gambar. Aku pulak.. Sujah tugaskan untuk masak nasi dagang lebih kurang dekat 5kg gitu.. tapi gulainya Sujah masak sendiri sebab aku takut tak sempat... Malam sebelumnya aku buat puding pelangi satu loyang untuk Sujah... Ida pulak sponsor kuih talam keladi.. Ok.. layan gambar pulak ye.. dah tak tau nak cerita apa sebab peristiwa dah lama berlalu.. hehe..



Suasana sepanjang majlis. Yang bergambar ramai2 dalam rumah tu antara kawan2 kazen yg hadir.. semuanya pelajar UiTM Shah Alam... seronok tengok dorang menjamu selera..


Adik Alin cium pipi tokcu yg berbaju melayu sakan pada hari kejadian.. hehehe.. sebenarnya acu ada majlis rasmi yang perlu dihadiri pada hari tu.. lupa pulak event apa.. tp ada tugasan yg perlu dilakukan dalam majlis tu.. sebab tu kena segak siap bersampin


Lagi gambar2 sekitar majlis.. Adik Alin dah tukar uniform.. kesian pulak tengok dah berpeluh2.. saja ambil gambar Alin lebih2 hari tu sebab agak susah nak ambik gambar dia sekarang ni..


Aksi Alin lagi.. hehe.. Gambar atas kiri.. yg lelaki tu.. anak sepupuku & isterinya.. baby yg didukung tu adalah babynya.. manakala baby didukung oleh isterinya adalah anak Bie & Nasa.... haishh.. mcm berbelit pulak penerangan.. hehe..

Oklah.. sekian dulu entry campur aduk untuk hari ni untuk mengubat rindu teman2 & pengunjung FP ku yang setia...

Jumpa lagi dilain entry insyaAllah...

Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net