Want your
own Fotopage?






 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Dec-2010 01:33 Email | Share | Bookmark
Mari Kita Mengenali Kuih2 Tradisi Melayu....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam Maal Hijrah buat semua pengunjung muslimin & muslimat..

Biarpun sudah 3 hari berada dlm tahun baru hijrah... tapi rasanya masih belum terlambat lagi kan utk berikan ucapan salam Maal Hijrah kepada semua pengunjung FP ku ini... Semoga dengan tahun baru hijrah ini kita akan lebih banyak memperbaiki segala kelemahan & kekurangan diri yang ada dengan penghijrahan ke arah yang lebih baik & sempurna dalam segala aspek.. mudah2an apa yang kita lakukan akan diberkati Allah S.W.T... Aminn...

Oklah kita teruskan dengan entry untuk hari ini... Rasanya dah lama juga aku tak masukkan sebarang resepi masakan di FP sejak akhir2 ini... Apakata hari ni kita mengenali resepi2 kuih2 tradisi melayu yang tidak begitu glemer ini... Rasanya jika tidak diperkenalkan... semakin lama kuih2 tradisi begini pasti akan dilupakan terus terutama pada generasi muda yang lebih cenderong dengan kuih2 moden & fast food sejak kebelakangan ini..

Ok.. untuk kuih yang pertama ini... kuih yang berasal dari Pantai Timur (Kelantan & Trengganu) yang tidak begitu popular sebagaimana kuih akok.. Kuih ini diberi nama Kuih Tepong Bunga. Kuih ini rasanya hanya dikenali oleh generasi orang2 lama sahaja... Namun.. mungkin ada juga generasi pertengahan macam aku ni yang tahu akan kewujudan kuih ini namun kuih ini tidaklah begitu femes. Mari kita tengok rupa kuih ini & bagaimana cara membuatnya..

Resepi kuih tepong bunga ini ku ambil dari blog Kak Nor Secubit Garam. Resepi ini diperturunkan oleh allayarham ibu tiri Kak Nor kepada beliau & alhamdulillah Kak Nor sudi pula berkongsi resepi ini dengan semua kawan2.. Terima kasih Kak Nor & izinkan saya kongsikan resepinya di FP saya pula ya..

Quote:
KUIH TEPONG BUNGA

Sumber : Kak Nor
Bahan2
1 ½ cawan tepung pulut
¾ cawan (180ml) santan pekat (MaDiHaA tak sukat.. tp main agak2 je sambil uli)
½ st garam halus
2 bj telur (guna sebiji pun dah cukup)
minyak utk goreng
gula utk tabur (MaDiHaA guna gula kastor)

Cara2 Membuat
Gaul tepung pulut dgn santan & garam hingga sebati sampai boleh membentuk bola,
tak melekat kat tangan dan bekas ( cam jd berkilat skit ~ seperti doh buah melaka)
Pastu gentel sebesar guli hingga habis.
Pecahkan telur dan kocok/pukul hingga sebati.
Panaskan minyak dan leperkan sebiji adunan td atas tapak tangan, jd sebesar duit siling 50.
Celup dlm telur dan goreng sampai golden brown dan toskan.
Hidangkan dlm piring dan tabur gula.
Siap



Ok... untuk resepi yang kedua ini pula resepi yang mungkin agak femes juga di sesetengah negeri terutama di belah2 utara.. Dari info dalam akhbar Kosmo! yang ku baca tak lama dulu.. kuih Serabai ini sering dihidangkan kepada tetamu terutama bila ada kenduri arwah atau bila ada kematian disesebuah rumah terutama di utara.. Namun.. menurut Mat Gebu pula.. kuih serabai ini juga popular di negeri Melaka & juga dihidangkan sekiranya ada kenduri arwah.. Jadi dari mana asal usul kuih ini aku sendiri pun tidaklah begitu pasti.. Jika ada sesiapa yang lebih maklum.. sila kongsi2kan ye..

Ok.. mari tengok bagaimana Kuih Serabai ini dibuat.. Resepi ini ku ambil dari blog Mat Gebu. Mat Gebu pula ambil dari blog MamaFaMi. Resepi asal adalah dari Delila@Myresepi.. so.. terima kasih kepada ketiga2nya ye... halalkan MaDiHaA C&P resepinya di sini ye..

Quote:
SERABAI

Sumber asal : Delila @Myresepi
Copy terus dari blog Mat Gebu

BAHAN SERABAI
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast (MaDiHaA lebihkan sikit sebab nak bagi cepat sikit naik)
Garam secukup rasa

BAHAN KUAH GULA
1 cawan gula perang (gula timbang)
2 cawan santan
2 biji pisang, dihiris (MaDiHaA guna pisang raja & letak lebih sikit)
2 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA
1. UNTUK SERABAI :- Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (mat perap lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang adunan tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan kering, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula...

(tengoklah lubang2 yang terbentuk.. lubang2 itulah yang akan memerangkap kuah masuk ke dalam kuih & kuih ini sangat lembut.. )

2. UNTUK KUAH GULA Satukan semua bahan untuk kuah gula kecuali pisang, masak hingga semua larut, tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Tambah pisang dan renih hingga kuah pekat. Sejukkan dan hidang bersama kuih serabai.....sedapppp!!!!

CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gula timbang, boleh guna gula melaka dan campur dengan gula pasir (yg ni manis ikut tekak masing2, tapi seelok2nya jangan lah manis sangat). Dalam gambar tu mat guna non-stick pan saiz besar tu pasal serabai ku nampak nipis. Kalau boleh guna non-stick pan macam kat blog mamafami tu yeaa...


MaDiHaA hidangkan dengan 2 jenis kuah iaitu kuah manis & sambal mackerel. Resepi spt dibawah yea...

BAHAN SAMBAL MACKEREL (Resepi MaDiHaA yang dulu)
Bahan2
1 tin mackerel saiz besar (buang tulang tengahnya)
1 biji kentang saiz besar ~ potong dadu (kali ni tak letak sebab takde stok)
1 biji lobak merah ~ potong dadu (ini pun tak letak)
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai ~ dititik
2 cawan air
1 keping asam gelugur
minyak masak secukupnya
garam & aji secukup rasa
½ s/k gula

Cara Membuatnya:
1. Tumbuk halus semua bahan2 bertanda *. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk & serai hingga wangi. Masukkan air, asam gelugur, kentang & lobak merah. Biarkan merenih hingga kentang setengah empuk. Kemudian keluarkan/buangkan asam gelugur.
2. Masukkan mackerel serta sosnya. Hancurkan kasar2 isi ikan (sebelum dihancurkan tulang tengah mesti dibuang). Masukkan garam, aji & gula. Biarkan merenih hingga kuah agak pekat & kentang empuk sepenuhnya.
3. Biarkan secukup rasa & bolehlah dihidangkan sebagai cicahan ataupun sebagai lauk nasi putih.



Ok..untuk resepi yang terakhir ini pula aku tidak begitu pasti dari mana asalnya.. Namun yang pasti.. ini juga salah satu kuih tradisi yang jarang2 dapat kita jumpa. Aku sangat2 menggemarinya... Dah lama teringin nak buat sendiri.. Tapi oleh kerana tiada berjumpa dengan pisang raja salah satu bahan utamanya.. sebab itulah kena KIV begitu lama. Alhamdulillah.. masa pulang ke kampong Raub tak lama dulu.. pakcik ada bagi pisang raja 2 sikat maka dengan itu.. dapatlah aku buat Pulut Dakap yang dah lama ku idam2kan ini...

Resepi Pulut Dakap ini aku ambil dari FP Mariam sudah begitu lama... alhamdulillah.. akhirnya dapat juga ku buat sendiri.. Terima kasih Mariam kerana berkongsi resepi & cara2 membuatnya ya.. akak kongsikan pula di FP akak ye..

Quote:
PULUT DAKAP

Sumber : Mariam
Bahan2
500 gm beras pulut ~ cuci bersih & rendam anggaran 2 jam
1 ½ cawan santan pekat
Pisang raja secukupnya
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya (dikoyakkan anggaran 7 - 8". Layurkan & dilap bersih)
Tali rafia secukupnya

Cara-cara
1. Kukus pulut anggaran 20 ~ 30 minit atau hingga pulut separuh masak & nampak lembut.
2. Sementara tu.. santan pekat dicampur dengan sedikit garam & larutkan hingga terasa lemaknya. Angkat pulut & gaulkan/arong pulut bersama santan hingga rata. (Kalau pulut terlebih masak.. boleh kurangkan santan sebab takut pulut jd terlalu lembik)
3. Sediakan sehelai daun pisang & sudukan pulut di atas daun pisang yang sudah dilayurkan. Tekan2 pulut supaya rata & nipis. Sebarkan pulut menjadi persegi seperti dalam gambar.

4. Pisang yang sudah dibelah dua disalutkan dengan gula. Kemudian letakkan sebelah pisang tadi di atas pulut.
5. Balut pulut menyelubungi pisang seperti membuat pulut panggang. Kemaskan kedua2 belah kiri & kanan dengan menekan2 pulut dengan jari yang basah. (jika jari tak sampai.. boleh potong sedikit hujung daun pisang lebihan dikiri/kanan kemudian barulah ditekan2 pulut yg berada di dalam daun pisang tadi). Bila pulut dah mampat lipat daun pisang kiri & kanan seperti kita membungkus lepat pisang.
6. Ambil 2 biji pulut yang sudah dibalut, dakapkan kedua2 pulut tadi & ikatkan dengan tali rafia di kedua2 belah kuih seperti dalam gambar.
7. Bila siap membungkus kesemuanya.. bolehlah dikukus pulut dakap selama 30-40 minit dengan api yang serdahana. Semasa mengukus.. balik2kan pulut dakap supaya masaknya sama rata.

Nota dari Mariam : Kalau nak gaul terus gula bersama pulut pun boleh, jadi pisang tu tak perlulah disalut gula lagi. Menurut Mariam.. pulut tu kalau boleh diratakan nipis2 saja.. barulah sedap.. Tapi MaDiHaA tak reti nak buat nipis2.. maklumlah baru 1st time mencuba..






Ok.. selamat mencuba...

Sekian dulu... jumpa lagi di lain entry...

Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net