Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 23-Feb-2011 07:24 Email | Share | Bookmark
Berkongsi resepi pula....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua...

Hari ni teragak nak kongsi resepi pulak kat FP... nak mengedit gambar2 yg lain tak berapa nak sempat minggu ni.. so.. layan resepilah pulak yer...

Resepi terpilih kali ni ialah.... jeng jeng jenngggg....

Quote:
PANKEK MAYO

Sumber : Hajar
Copy dari : Kak Zai Teratak Impian : Kak Nor Secubit Garam (TQ to all!)

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu besar mayonaise

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.

* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.
updated:
bagi yg nak tau kaedah apa yg K.Nor guna utk masak pancake bg menghasilkan saiz yg sama.. meh nak tunjuk


Caranya:
K.Nor guna 2 frying pan.
1. frying pan yg saiznya paling kecik kut yg ada kat pasaran dlm 12cm
2. frying pan yg saiznya lebih besar, tak kira la berapa saiznya tu 20cm atau 22cm asalkan lebih besar dr 12cm
3. bila guna pan yg kecik ni kita boleh hasilkan saiz pancake yg sama besar
4. panaskan pan dgn api yg sederhana jgn terlalu kuat
5. masukkan 1 senduk kecik adunan dan masak hingga keluar buih2/lubang2 kat atas permukaannya
6. terbalikkan atas pan yg satu lg tu (yg juga telah dipanaskan)
7. masak hingga pancake masak, angkat dan hidangkan
8. ulang hingga semua adunan habis dimasak.
9. kaedah guna 2 pan ni juga mempercepatkan tempoh memasak pancake, kan. tak la lama sgt anak2 menunggu utk makan


Nota: Sedap makan bersama madu, aiskrim, jem dan sewaktu dgn nya...




Resepi ke dua pula............ sesuai dijadikan sarapan.. sangat sedap & tersendiri rasanya.. lain & berbeza dari bihun goreng walaupun nampak serupa... cubalah sendiri kalau nak tau kelainannya...

Quote:
MEE SUAH GORENG

Copy & Paste by Ayu Singapore
Sources:- From Puan Asmah Laili, if not mistaken (thanks to both of you....)

Ingredients:-
350g mee suah-
2 biji telur-( 2 eggs)
1 tbsp lada kisar-(chili paste)
1 tbsp bawang putih cincang-(garlics minced)
2 biji bawang besar dihiris-(large onions sliced)
3 biji lada merah dihiris-(red chillies sliced)
200g kobis hijau dihiris-(green cabbage sliced)
1-2 batang karot parut kasar2 panjang-( carrots shredded)
2 pokok daun bawang-(spring onions) MaDiHaA tak letak takde stok
300g taugeh-(bean sprout) ini pun MaDiHaA tak letak.. lupa beli, tapi letak kobis lebih sebagai ganti
250g udang hidup kupas kulit-(prawns deshelled and deveined)
3 ekor sotong saiz sejengkal (dipotong) Ini MaDiHaA tambah
5 keping fish cake (dipotong) Ini MaDiHaA tambah
2 tbsp kicap cair-(light soy sauce)
1 tbsp sos tiram-(oyster sauce)
sedikit minyak bijan-(some sesame oil)
sedikit lada sulah-(a bit of white pepper)


Method:-
Goreng telur dengan sedikit minyak, taburkan garam dan lada sulah, pecah2kan dan ketepikan. Goreng pula udang dengan minyak sedikit. Taburkan sedikit garam dan lada putih. Setelah masak angkat dan ketepikan. Mee sua digoreng sebentar, dengan banyak minyak. Angkat, toskan dan celurkan didalam air panas mendidih, sehingga lembut sedikit dan tapis. Didalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak. Tumis lada kisar hingga garing. Masukkan bawang putih cincang dan tumis lagi hingga wangi. Masukkan bawang dan dada hiris. Gaul sebentar dan masukkan kobis hijau dan karot. Jika sayur mayurnya kelihatan kering masukkan sedikit minyak goreng udang tadi. Gaul supaya sayur mayur rata. Masukkan sos tiram, kicap cair, mee suah, udang, telur goreng, lada putih dan minyak bijan.Jika masih lagi meenya kelihatan kering, masukkan sedikit minyak goreng udang dan gaul lagi. Meenya harus lembab sedikit. Masukkan taugeh segera matikan api. Hidang dengan bawang goreng dan lada jeruk. (Tak buat pun lada jeruk.. huhu)




Jemput makan....


Ok... resepi lauk pulak yer.... kali ni.. aku share resepi gulai tempoyak resepi dari Mariam... ternyata sangat sedap! Kalau sebelum ni.. aku kurang minat dengan gulai tempoyak yg warna kuning tu.. tapi resepi yang Mariam share ni sedap pulak di tekak aku... thanks ye Mariam..
Quote:

GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBONG
Sumber : Mariam’s Mum


Bahan-bahan
Ikan (apa2 ikan yang sesuai ~ MaDiHaA guna ikan kembong)
3 sudu besar tempoyak ~ dicampurkan dengan sikit air jadikan pes
Daun kesum secukupnya
1 kuntum bunga kantan ~ dibelah 2
1 ~ 2 keping asam keping
2 ~ 3 biji cili kering* (MaDiHaA letak 4 biji ~ direbus)
1 inci lengkuas*
1 biji bawang besar*
1 inci kunyit hidup*
Air secukupnya ikut kepekatan kuah yg dikehendaki
Garam
Gula (optional/ ikut citarasa/ boleh tambah sekiranya guna tempoyak lama yg agak masam)

Cara-cara
Bahan2 bertanda* dikisar halus. Masukkan air & bahan-bahan kisar ke dalam periuk & didihkan. Kemudian masukkan bunga kantan, tempoyak, daun kesum, asam keping, garam & gula secukupnya. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan ikan. Bila ikan sudah masak & kuah secukup rasa bolehlah di tutupkan api & dihidangkan dengan nasi putih berserta sayuran & ikan masin.





Ok.. lauk dah ada... kenalah ada sayurnyer kannn... apa kata kita buat kerabu kacang botor pulak.... memang sedap walau diratah begitu saja....

Quote:

MY SIMPLE KERABU KACANG BOTOR
Sumber : MaDiHaA

Bahan2
250 gm kacang botor/kacang kelisa ~ hiris menyerong, celur kejap & tos
1 ¼ cawan kelapa parut putih
1 s/b kerisik yg dibuat sendiri utk lebih sedap (optional ~ lupa nak lembutkan kerisik yg ku simpan dlm esbox.. so tak letak sbb nak cepat)
1 kuntum bunga kantan ~ hiris nipis
3 ~ 4 biji limau kasturi ~ ambil jus (boleh ganti dgn 1 s/b asam jawa jdkan jus sebanyak ¼ cawan menggunakan air masak)
garam, aji & gula secukup rasa

Bahan2 dikisar halus
1 ½ s/b udang kering
1 ~ 2 batang serai ~ hiris nipis
6 ulas bawang merah ~ belah 4
1 biji cili merah ~ patah2kan
8 biji cili padi
1 s/k belacan ~ bakar sekejap


Cara2
1. Bahan2 yg perlu dikisar halus dibersihkan (kecuali belacan) & digoreng dlm minyak sedikit hingga wangi. Angkat & sejukkan kejap kemudian dikisar bersama2 dengan belacan bakar dlm pengisar kering sehingga halus.
2. Kelapa parut disangai sekejap jangan sampai kuning. Tutup api & biarkan ia didalam kuali. Masukkan bahan2 kisar tadi & gaul rata.
3. Masukkan kacang botor yg telah dicelur ke dalam kelapa parut tadi berserta bunga kantan, jus limau/jus asam jawa serta bahan2 perasa secukupnya.
4. Gaul rata2 & secukup rasa. Hidang segera bersama nasi putih & lauk2 tambahan yang lain.



Ok... ini pulak... menu minum petanglah pulak yer.......... layan jelah sementara tuan rumah rajin nak update resepi hari ni..........
Quote:

KEK ALUNAN KASIH

Dari Puan Mastura Yasak - FB (Kongsi Resepi)
Copy dari Mamasya (terima kasih semua yang terlibattt...)

BAHANNYA
* 5 Biji Telur
*1 ½ cwn Planta atau 250g butter
* 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
*2 cwn gula halus (MaDiHaA guna kastor & hanya letak 1 ½ cwn je)
*1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
* ½ cwn susu cair**
*1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
* *Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2.. MaDiHaA guna hijau & merah terang)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.



Cara2:
*Pukul planta dan gula smpai kembang...
*Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
*Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
*Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pilihan bagi tiap2 bahagian.
*Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan warna yg pertama (merah).. (MaDiHaA letak setengah dari setiap warna.. bermakna kek hanya ada 4 lapisan) ratakan dlm loyang dan
*ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
*Then masukan lapisan kedua.. (letak setengah) warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
* Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
* Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…


Tips :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.


Ok kepada semua... selamat mencuba resepi2 yang dikongsikan... actually.. tu semua resepi2 yang dah lama dicuba & telah lama dikongsikan di blog... tayang di FP agak lambat sebab kesuntukan masa utk berbuat demikian.. Jadi... ku masukkan sekali banyak2 gini... terlebih sudaaaaaa... hehe.. takpelah kan daripada FP ni tak berupdate.. baik update juga sesuatu untuk dikongsikan... boleh gak pengunjung jamu2 mata..

Ok.. itu aje utk kali ni.. bertemu lagi di lain siaran... insyaAllah.... Terima kasih kerana masih sudi berkunjung di sini....

Sekian...



Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net