Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Apr-2011 01:30 Email | Share | Bookmark
Kongsi Resepi Menu2 Semasa Hari Jadi Alin Tempohari...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum....

Hari ni.. tergerak hati nak berkongsi resepi pula... Oleh kerana entry yang lepas dah tayangkan majlis makan2 sempena hari jadi Alin tempohari.. jadi rasanya untuk kali ini aku nak kongsikan sekali resepi2 yang aku masak tempohari. Resepi2 yang belum dimasukkan di FP ni... mana2 yang dah pernah masuk tak payah le kan...

Oklah.. kita mulakan dengan resepi Rendang Tok yang sangat2 sedapp ini ye... Actually... aku pun baru pertama kali cuba masak Rendang Tok ni... selalu tu dok masak rendang resepi sendiri aje... kali ni kita cuba pulak rendang yg dicampurkan dengan rempah2 pulak. Ternyata sememangnya sedap!! Tambah pulak dilawankan dengan pulut kuning... memang ngam sangat2. Rendang Tok ni asalnya dari Negeri Perak kalau tak silap aku lah.. memang bestlah! Lenkali boleh masak lagi.. Tapi sebelum tu.. mintak maaflah sebab takde gambar yg elok sebab tak sempat pun nak posingkan rendang tu elok2.. al maklumlah masa tu sibuk sesangat... hentam jelah gambar rendang dari dalam kuali pun oklah jugak ye.. hehe.. Oh ya.. terima kasih pada Kak Liza (Chef Hanieliza) untuk resepi Rendang Tok ni.. TQ jugak pada Kak Ummi Zaihadi sebab resepi ni aku ambil dari blog beliau.. jadi inilah dia resepi rendang untuk kuantiti 1 kg daging... (yang dalam kuali tu.. 2.5 kg daging)

RENDANG TOK
Quote:

Resepi : Kak Liza Cari Makan & Resepi.
Sumber : Ummi Zaihadi

Bahan:-
1 kg daging (potong sebesar 3 inci)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa (potong nipis)
3 sudu besar gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit - koyakkan
Garam

Bahan Mesin:-
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis (*ni ummi saja tambah... MaDiHaA pun ikut jugak)
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 - 6 batang serai
3 cm lengkuas

Cara Memasak:-
Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping. Masak atas api perlahan dan dikacau hingga pekat sikit dan naik minyak. Masukkan daun kunyit, asam keping, kerisik dan garam. Kacau rata. Masak lagi hingga benar2 naik minhyak dan cukup pekat (biar kering sikit - ni nasihat pakar ni). Siap untuk disantap bersama pulut kuning ku..hehe

Nota MaDiHaA: untuk rempah2 yang kasar & keras seperti kulit kayu manis & bunga lawang tu.. MaDiHaA tumbuk2 dulu dalam lesung batu kemudian barulah dimasukkan dlm blender kering bersama rempah biji yang lain & barulah dikisar. Manakala bahan2 lain yang basah seperti bawang, halia, lengkuas, cili dan lain-lain tu dikisar dalam blender basah.



Okay.. untuk resepi ke dua... menu dari Jepun pula yer... menu yang dah lama popular di kalangan kawan2 yang lain & para blogger.. aku je yang ketinggalan. Bukan apa.. memang dah lama nak mencubanya.. cuma masalah utamanya sebab takde acuannya tu... bila dah beli takomaker ni.. memang tak sabar2lah nak mencuba.. ternyata memang sedap! Takoyaki atau boleh digelar sebagai cekodok Jepun ni ada sesetengah orang tak boleh diterima tekak.. tapi alhamdulillah cik abang & anak2 suka semua... Masa buat kat majlis makan2 tempohari pun semua orang suka & cakap sedap... puas makan sebab buat sendiri.. kalau beli kat Jusco tu.. 3 biji = RM4.50... wo wo wo.. jimat banyakkk!!

Ok jom tengok resepi.. terima kasih kepada penyumbang resepi yang sangat simple & sedap ini... iaitu saudara Ilhamusafir... Bahan2 yang digunakan mudah dicari.. tak perlu guna tepong takoyaki.. guna tepong gandum saja.. & resepi sos nya pun sedap!

TAKOYAKI
Quote:

Resepi : Ilhamusafir
Ditulis & di edit cara penyampaiannya oleh : MaDiHaA

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
ΒΌ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )


Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit. Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan. Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya. Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya tu supaya garing sekata. Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.

5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan. Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi. Sedia untuk dihidangkan!



Nota MaDiHaA : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.


Gambar takoyaki yang kat bawah ni yang dibuat selepas majlis makan2 tu... gara2 tak puas makan... so buat lagilah.. hehe..





Ok resepi seterusnya... resepi Apam Snow White yang dah banyak kali jugak aku buat. Sangat2 suka dengan apam ni sebab nak buatnya sangat senang sebab tak perlu guna tapai nasi.. hanya guna nasi sejuk aje... mudah kan? Jadi bila ada nasi lebih tu.. rajin2kanlah buat apam ni..

Jom tengok resepi! Sebelum tu.. terima kasih kepada empunya resepi & juga mereka2 yang terlibat yang dituliskan nama2nya diresepi tu yer...

APAM SNOW WHITE
Quote:

resepi asal : qnq910@myresipi.com
source : resepidaria
C&P from 2nd source : hanamemories

Bahan-bahan

* 3 cawan tepung beras
* 1 cawan tepung gandum
* 2 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan 6 sudu besar)
* 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
* 2 cawan nasi
* 3 cawan air
* 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam


Cara-cara
1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul halus.
3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan. (MaDiHaA guna whisker lebih mudah).
4. Perapkan adunan selama sejam. (MaDiHaA perap hampir 2 jam.. apam lebih lembut) Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda atau sirap ros. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .


NOTA dari kak.bdaria:

* Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula [MaDiHaA kurangkan 3 sudu besar untuk sukatan setengah adunan]) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
* Jika anda nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
* Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.


(gambar2 apam snow white di atas adalah yang dibuat terdahulu dari masa majlis2 tempohari... apam snow white masa majlis tu takde ambil gambar closed up... )

Ok.. nampaknya.. itu sajalah untuk entry kali ni yer.. hingga bertemu di lain waktu.. Jumpa lagi...

Terima kasih kepada semua pengunjung yang masih setia...

Sekian...



Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net