Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Jul-2011 01:47 Email | Share | Bookmark
Karnival Kesihatan 2011

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum.....

Dengan rasa bersalah yg amat sangat... dihari Jumaat yang mulia ini... aku mohon ampun & maaf kepada semua pengunjung2 & silent reader yang mampir ke FP ku ini kerana telah mengecewakan anda semua kerana tiada cerita terbaru yang dikongsikan kat sini hampir 4 minggu lamanya.... rasa2nya... inilah tempoh yang paling lama sekali aku gagal mengupdate FP ku ini... (kecuali masa aku dlm pantang dulu...) padahal masih ada beberapa cerita yang harus ku abadikan di dada FP ku ini... Inilah dia kalau dah ada "dua rumah"... akibatnya.. rumah lama ditinggal2kan akibat terlalu asyik masyuk dengan "rumah baru". Agaknyaaaaaa... inilah yang selalu orang perempuan atau para isteri2 sekalian yang sering takut & bimbang kalau2 suaminya ada "dua rumah" juga... takut "rumah lama" ditinggal2kan.. dilupa2kan....

Oklah.. berbalik pada entry untuk hari ini... aku abadikan gambar2 kenangan semasa aku & anak2 menghadirkan diri ke Karnival Kesihatan 2011 di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya pada 22hb May 2011 yang lalu. Tarikh ini sebenarnya... aku dapat jemputan dari Watie Arin untuk sama2 menghadirkan diri di majlis gathering bersama rakan2 FP & FB di Dataran Shah Alam. Tapi malangnya aku menolak sebaik mungkin kerana pada hari tersebut suami ku bekerja. Aku memang tak fasih jalan2 kat Shah Alam tu... Aku ni bukan jenis yang berani nak drive sendiri kalau aku tak tau jalannya.. Lagi pulak.. perjumpaan diadakan pada sebelah petang membawa ke malam. Aku rasa tak begitu sesuai untuk turut serta kerana pagi esoknya.. Kakak Dini ada peperiksaan awal tahun. Kalau boleh tak mau lah pegi mana2 sebab nak suruh dia ulangkaji & buat persiapan terakhir utk periksanya tu. Tup2... malam sebelum tu.. makcik ku telefon & menempah puding marble pelangi untuk majlis Karnival Kesihatan 2011. Puding tu nak dihidang untuk para VIP pada majlis tersebut. Makanan2 yang lain makcik yang masak & sediakan.. hanya pencuci mulut je dia suruh aku buat.. Maka tak dapatlah aku nak menolak permintaannya... kesian pulak kannn... Jadi mau atau tidak... aku terpaksalah buat puding tu dan secara tak langsung menghadirkan juga diri pada majlis Karnival Kesihatan yang diadakan kat masjid tu... Pada Watie Arin & kengkawan yang lain.. akak mintak maaf banyak2 yer sebab tak dapat join gathering u all hari tu...

Marilah tengok gambar2 yang tak seberapa ni yer.... Karnival Kesihatan kali ni meliputi pelbagai aspek yang berkaitan dengan kesihatan & selain tu ada juga bermacam2 booth berkaitan kesihatan & lain2 gerai jualan juga yang ada di situ.. Tapi banyak yang tak ambil gambar. Ada meja nasihat kesihatan.. boleh dapatkan nasihat kesihatan & ambil ujian tekanan darah dan sebagainya. Tempat untuk menderma darah, demonstrasi masakan, beberapa pertandingan utk anak2.. ceramah kesihatan & lain2 lagi. Kazenku Ida Marlida pun tak lepas peluang untuk buka booth tudungnya kat situ.....

Tak silap ku.. pihak majlis menyediakan 200 goodies bag untuk pengunjung yang terawal. Kitorang semua pun dapat juga.. apa taknya... pukul 8.30 pagi dah ada kat Masjid.. Jom layan gambar pulak yer...





Booth MBPJ dengan kempen anti denggi.... ini pertama kali aku tengok telur nyamuk aedes secara dekat..... macam tu rupanya yer... . Di booth MBPJ ni.. pengunjung diberikan racun/ubat untuk jentik2 secara percuma... aku pun ambik jugak sepeket...




Kelihatan Ida Marlida sedang menyusun tudung2 jualannya.... Waktu ni.. gerai dibuka dibahagian luar masjid.. meja ni sementara aje... meja ni diarahkan pindah dibahagian dalam masjid kerana masih ada banyak kosong di bahagian dalam... tapi aku lupa pulak nak snap gambar meja ni masa kat dalam... boleh tahan jugaklah jualan tudung ni pada hari tu... alhamdulillah... rezeki Ida... rezeki orang yang rajin berusaha... . Aku pulak.. dari meja ke meja dok melawat.. akhirnya melekat kat meja nasihat kesihatan... sesekali kena jugak dengar nasihat kesihatan macam ni kan... selama ni asyik dok balun masak & makan mcm2 jer kan...




Selain menghantar puding tempahan tu... inilah sebenarnya matlamat utama yang aku kena pegi juga ke sini.. sebab makcik dah siap daftarkan nama Haziq & kembar (anak Ida Marlida) untuk pertandingan mewarna... Tapi hari tu.. kakak kembar tak dapat join sebab dia sakit mata... cuma adik kembar je yg join. Nama kakak Dini pulak makcik daftar untuk acara treasure hunt... budak2 ni dengar ada acara untuk dorang.. terlebih tergedik2 nak datang jugak.. tu yang ibu terpaksa juga datang.. Untuk adik Alin jer takde xtvt.. nak masuk pertandingan baby sihat pun dah terlebih umur...




Abang Haziq & adik kembar Syafikah kusyuk mewarna.... adik Alin pun sibuk gak menyelit di tengah2 peserta. Pertandingan mewarna ni terbahagi kepada 2 kategori umur.. tapi aku dah lupa umur berapa ke berapa.. yang Haziq masuk ni kategori umur 4 - 6 tahun kalau tak salah.. utk kategori umur atas lagi tu.. tempoh masa diberi agak lama sikit sebab lukisan yang perlu diwarnakan tu lebih complicated sikit...





Adik Alin buat dalam masjid ni macam rumah dia... berlari sana sini... nak tergolek nak landing... ikut suka dia jer....




Ini pula masa acara tresure hunt diadakan....




Hasil tangan abang Haziq... Walaupun tak menang... alhamdulillah abang Haziq dapat warnakan sehingga habis. Adik kembar pulak.. sampai ke sudah lukisannya tak siap2 diwarnakan.. dia banyak mengelamun pasal tu tak siap2 tu.. pasal tu gambar lukisannya tak diambil gambar... hehehehe... Bagi semua peserta mewarna & acara treasure hunt diberikan juga goodies bag berupa barangan makanan, minuman & juga ubat gigi...


Okey.. itu sajalah cerita yang dapat dituliskan di sini... mungkin ada yang tertinggal almaklum sajalah... peristiwa dah berbulan berlalu...

Terima kasih pada semua yg masih sudi singgah sini...

Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net