Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-May-2012 01:27 Email | Share | Bookmark
Perkahwinan Jol & Amy @ Jengka 23, Pahang Darulmakmur..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..........

Agak lama tak membersihkan rumah kesayanganku ini.... rasanya.. dah tiba masa untuk ku sapu segala sawang & habuk2 yang dah menebal kat sini.. hehehe....

Beberapa minggu yang lepas.. CT One aka Siti Hajar Suratman telah men'create' Ex Fotopages di laman Facebook... nampaknya.. begitu ramai geng2 Ex Fotopages yang telah berjaya dikumpulkan di sana... seronok bila kawan2 yang suatu ketika dulu rancak bertegur sapa melalui Fotopages akhirnya dapat dikumpulkan di Facebook pula. Tak dinafikan... ramai diantara mereka yang dah lama tak mengupdate Fotopages.. ada yang dah bertahun2 tidak menghiraukan Fotopages masing2.. ada juga diantara mereka yang mengunci Fotopages mereka & akhirnya dibuka kembali gara2 tertubuhnya Ex Fotopages di laman Facebook tempohari... hehehehe... Mereka berkumpul tak mengira genre Fotopages masing2.. seronok!

Suatu ketika dulu Fotopages ditinggalkan dengan alasan ianya milik Israel. Aku antara yang tak ambil kisah semua itu.. bukan berniat untuk menyokong Israel.. Tapi hanya kerana aku terlalu sayangkan kenangan yang ada dalam Fotopages ku ini. Ada juga antara mereka yang berhijrah ke blog, wordpress dan sebagainya. Aku pula terjebak ke blog bukan atas alasan yang pertama di atas.. tapi kerana rasa selesa & mudah bila mengendalikan blog bilamana setiap entry tak perlu dilabelkan secara manual satu persatu kerana ianya terjadi secara automatic setiap kali kita mengupdate blog. Adalah sangat penting bagi aku blogger masakan utk mengkategorikan setiap masakan... & aku dapati dengan berblog ianya sangat mudah berbanding fotopages yang perlu dibuat tajuk sendiri satu persatu. Mungkin itu tidaklah terlalu rumit tapi yang paling rumit bila hendak menyusun setiap nama masakan mengikut alphabet... siapa2 yang ada fotopages pasti faham apa yang aku maksudkan.... hehehe... letih jari jemari nak menyusun satu persatu from begin....

Berbalik pada tertubuhnya Ex Fotopages di Facebook baru2 ni... aku berharap semua rakan2 Fotopages akan aktif semula mengupdate Fotopages masing2. Tiada lagi alasan untuk mengatakan anda tak mau menyokong Israel kerana Facebook yang menjadi kegilaan ramai itu juga milik Israel... jadi adakah ia relevan & ada perbezaannya?? Jadi marilah kita beramai2 menceriakan kembali Fotopages masing2 okey...

Oklah berbalik kepada entry untuk hari ni.... sedang dalam berfikir untuk mengupdate Fotopages baru2 ni kerana terlalu banyak gambar2 yang belum beredit & berupdate di sini... tiba2 aku ditegur oleh Pakcik Pemancing di blog ku supaya sekali sekala menjenguk2 Fotopages... hehehehehee.... Ye ye pakcik... hari ni juga saya update ye pakcik... Sebenarnya memang berniat nak update & dalam proses memilih & mengedit gambar masa tu.. bila pakcik dah tegur tu terus la jadi makin laju saya update.. hehehe..

Ok untuk hari ini.. ku paparkan gambar2 di majlis perkahwinan adik lelaki suamiku yang kami panggil Jol yang telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya bernama Amy pada 23hb Oktober 2011 di Felda Jengka, Pahang. hehehe... kemain lama gambar2 ni diperap.... hampir 7 bulan lamanya... Maaf ye Jol & Amy... lama benor Kak Ngah nak letak gambar korang kat sini... apa2pun.. semoga kalian berdua sentiasa berbahagia & semoga dikurniakan zuriat yang sihat sempurna..insyaAllah...


Majlis Perkahwinan Jol & Amy
23hb Oktober 2011
Felda Jengka 23, Pahang Darul Makmur


Dengan bangganya.. untuk gambar yang pertama ku tayangkan gambar2 gubahan hantaran yang ku gubah sendiri untuk adik iparku ini.... dah lama tak menggubah almaklum adik2 sendiri semua dah kawin.... sesekali melembutkan tangan yg dah hampir keras ni... hehe.... amacam boleh tak? Oppss... itu bunga telur bukan ku buat okeh.. yg tu dibeli siap oleh kakak pengantin aka kakak sulung suamiku... Yer.. semuanya warna pink okehh...
Boleh klik SINI untuk entry khas pasal gubahan hantaran ni yer..


Gambar sebelum majlis pernikahan dimulakan.. berlangsung di Masjid Jengka 23 (kalau tak silap)


Alhamdulillah.. telah sah menjadi suami & isteri...


Semoga kalian berdua berbahagia hingga ke akhir hayat...


Bergambar kenangan sebelum semua dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk jamuan makan malam.. tapi gambar tak ambik pula sebab perut dah lapar.. hehe.. lauk yang paling best sekali ialah sayur asam keladi... wowww.. melelehh bila diingat2 kembali...hehehe..


Suasana keesokannya di homestay yang kami bermalam.. agak besar juga homestay ni sangat selesa sekali.. cuma masa kami duduk tu.. ada masalah lampu di bilik air.. hehehe... Sebenarnya.. ada antara family yang datang kemudian kerana tak ikut serta masa acara akad nikah.. Jadi mereka bertolak pagi esoknya & berkumpul di homestay yang kami bermalam tu... itu yang penuh je nampak satu homestay tu.. hehe..


Pengantin lelaki dah disiapkan mak andam.. jadi bergambarlah dulu dengan kaum keluarga..


Pengantin lelaki bergambar dengan mak & adik beradik... 3 yang dah bekeluarga.. 1 on the way (Jol ler tu).. & 4 lagi belum sampai seru.. hehehe... Gambar kat bawah tu.. Pengantin dengan anak2 saudara perempuan..


Sebelum ke rumah pengantin.. ambik gambar dulu depan homestay... Wahhhh... suka sangat tengok gambar ni.... mentang2lahlah hantaran tu hasil tangan sendiri.. tu yg suka sangat tu agaknya...


Berkonvoi beramai2 ke rumah pengantin perempuan.. Kami disambut meriah..


Pelamin yang indah... actually gambar ni di rakam waktu malam lepas majlis nikah tu.. anak dara ku yang kecik tu sibuk je ajak masuk rumah lepas makan kat khemah.. kena pulak mak pengantin sporting habis.. dah masuk tu.. siap jengok bilik pengantin lagi..


Bersandinglah mereka disitu.... tak banyak pun ambik gambar bersanding sebab kepanasan & sibuk dengan si kecikku yang takmau duduk diam.. hehe..


Majlis bersantap... walaupun aku bukan pengapit atau adik beradik pengantin.. tapi dok juga kat meja pengantin sebab orang lain tak sporting.. semua taknak duduk dekat pengantin.. pemalu belaka.. hihi.. alahaiii.... rezeki ler kan.. hehe...


Sesekali berposing manja gittew... Ada tak yang rindu nak tengok tuan tanah kedaung ni...?


Pengantin potong kek.... dah jadi acara wajib juga sekarang ni....


Kami semua dah nak balik... pengantin perempuan & pengantin lelaki hantar kami kat kereta... sempat diposingkan anak dara aku Dini dengan pengantin perempuan yang boleh dikatakan macam adik beradik ni... hehehehe... aiiii.. pak embong (Jol) kalau tengok dari belakang jangan tersilap plak nnt ye... anak sedara ingat bini lak nnt.. Selamat tinggal Jengka.. entah bila bleh jejak kaki ke sini lagi...


Sebagai penutup... inilah dia hantaran dari pihak pengantin perempuan dengan tema hijau.... I like green...


Terima kasih.. & semoga bersua lagi lepas ni...


Macam biasa.. resepi2 terkini sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net