Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Sep-2012 01:48 Email | Share | Bookmark
Aidilfitri 2012

 
 
 
 
Assalamualaikum...

Sekadar paparkan kenangan aidilfitri 2012 kami yang penuh suka & duka...

Tahun 2012 giliran beraya di kampong ku... maka adalah juga sedikit gambar raya yang sempat dirakamkan... hee...

Kami bertolak pulang ke kampong Jumaat 17 Ogos selepas berbuka puasa. Sampai kampong dalam pukul 2 pagi gitu... lepas borak2 bagai.. teruslah bersahur.. ma dah siap masak macam2 dah.. ada sup tulang & gear box yang di makan dengan mee & bihun.. ada jugak lauk2 lain untuk di makan dengan nasi.. tapi aku makan bihun sup je... hehe.. Esoknya.. dapatlah berpuasa & berbuka dengan ma & adik2 kat kampong.. Angah pun dah ada kat kampong masa kami sampai tu sebab dia bertolak awal sehari. Petang hari terakhir Ramadhan sempat aku & hubby mengait kelapa muda untuk buat berbuka puasa..sebenarnya sambil2 kait kelapa tua untuk dibuat rendang & kari.. teruslah kait kelapa muda.. angah ambil sebahagian kelapa muda tu untuk dibuat jelly kelapa sebab hubby kait sampai 10 bijik! Petang tu.. lemang yang ma buat berkongsi dengan kawannya pun dah siap.. dorang buat 10 kg & berkongsi dua... dapat agak banyak juga.. Petang tu sempat aku masak rendang cili padi daging untuk dimakan dengan lemang masa berbuka.. ma pulak masak lontong berkari & rebus ketupat mini segera. Sebenarnya ma pada mulanya taknak buat lontong.. tapi disebabkan aku & Dini yang request akhirnya ma masak juga utk juadah berbuka.. Manakala untuk juadah di hari raya pagi esoknya ma masak nasi minyak yang digandingkan dengan kari daging yang angah masak, ayam masak merah yang dimasak oleh Abby & tak lupa acar timun yang ku buat.. hehe.. so maknanya tiap seorang masak satu menu barulah adil kan.. pagi tu aku dah relax sikit sebab hanya buat acar je.. sebab rendang daging dah disiapkan dari malamnya. hehe...

Ok layan gambar pulak..

Juadah di pagi raya tu memang nampak sikit... sebenarnya kami masak agak banyak juga... tp yang terhidang tu untuk kami sarapan aje.. heee... hidangan utk tetamu & kuih2 raya malas pulak nak snap..



Posing di pagi raya.. bila dah siap baju raya kami barulah terperasan... 3 tahun berturut2 tema baju raya kami seakan2 aje... nampaknya tahun2 akan datang dah tak boleh pilih warna2 ni lagi.. haha...



Keluarga kami tak lengkap tahun ni... jadi bergambar jelah mana yang ada ni...



Tak lupa... gambar2 bunga orkid tokma yang sedang mekar...


Macam biasa.. resepi2 terkini sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net