Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 17-Aug-2012 03:42 Email | Share | Bookmark
X-Fotopages Gathering pertama yang meriah!!

 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum...

Berlangsung pada 24 hb Jun 2012 mencatat sejarah apabila kami geng2 X-Fotopages mengadakan gathering di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Sangat2 meriah.. bukan saja dengan gelak & tawa.. tapi meriah juga dengan pelbagai makanan2 yang di bawa.. hehe...

Geng X-Fotopages ditubuhkan oleh Madam CT di laman Facebook oleh kerana kebanyakan dari geng2 Fotopages dahulu sudah tidak aktif lagi di Fotopages kerana mereka lebih aktif di Facebook. Fenomena bermuka buku nampaknya lebih meriah berbanding Fotopages yang meriah satu ketika dulu... Maka dengan itu.. ramai geng2 Fotopages yang melupakan laman Fotopages mereka. Jadi untuk lebih merapatkan lagi tali silaturrahim yang terjalin sejak dulu... maka dengan itu X-Fotopages telah sebulat suara mengadakan gathering yang pertama di Shah Alam.

Sebenarnya... aku tak pernah melupakan FP & insyaAllah jika berkesempatan & dipanjangkan umur.. FP ini akan sentiasa berupdate. Hanya kekerapannya sahaja terpaksa ku kurangkan kerana aku agak seronok mengupdate resepi2 ni blog. Namun.. FP tetap akan ku'hidup'kan kerana di sini terlalu banyak kenangan pahit & manis bagi ku...

Terima kasih kepada yang masih sudi meluangkan masa berkunjung ke sini.. Terimalah gambar2 kenangan kami semasa bergathering baru2 ini...


Ini menu2 yang ku bawa.... pulut kuning tu digandingkan dengan murghi karai yang Madam CT bawa... kami dah berpakat yang aku masak pulut kuning & CT One masak murghi karai.. hehe.. Kuih cara berlauk dibuat khas untuk hubby sebab dia kurang gemar kuih2 manis manakala puding pelangi ku buat atas permintaan Nuri



Lihatlah juadah yang dibawa... penuh terhidang... memang kenyang sangat2 & memang tak berhabis & kami semua masing2 tapau bawak balik.. hehe..



Tak sahlah geng Fotopages kalau tak bergambar kan... apalagi bila masing2 menyarungkan t-shirt rasmi Geng X-Fotopages ittew... hehe...



Antara acara lain yang dapat meriahkan lagi perjumpaan tersebut adalah acara bertukar2 hadiah yang berharga tak kurang dari RM10.00... hehe... Aku dapat hadiah daripada Ellys iaitu beg berwarna merah dari Vietnam.. manakala hadiah ku 'vase bunga' Nuri pula yang dapat... harap Nuri suka dgn hadiah yang tak seberapa tu ye...



Bukti kami berada di sana... Macam bermimpi bila dapat bertemu mata dan beramah mesra dengan geng Fotopages yang dahulunya mesra di alam cyber & hanya bertukar2 komen di FP masing2... ramai diantara mereka adalah yang pertama kali bertemu... seronok tak terkata!



Sebelum berpisah acara bergambar2 diteruskan & selain kami Geng X-Fotopages bergambar... tak lupa juga encik2 suami yang telah memberi sokongan padu kepada isteri masing2 untuk perjumpaan ini. Terima kasih kepada semua encik2 suami hensem yang sangat2 sporting ni ye.... semoga kita dapat berkumpul begini lagi di masa2 akan datang untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin sejak dulu.. insyaAllah..

p/s: Credit to Watie Arin & Nuanza untuk beberapa gambar yang akak c&p tu ye... terima kasih!


Macam biasa.. resepi2 terkini sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net