Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Sep-2012 03:41 Email | Share | Bookmark
Perkahwinan Linda & Yusuf

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. mood mengupdate FP tiba2 datang. Apalagi bila nampak statistic pengunjung sentiasa bertambah dari hari ke hari.. rasa bersemangat untuk mengupdate semula. Rasa rugi bila banyak gambar2 lama tak beredit & tak berupdate ke fp. Nak dicuci tak berbaloi sebab gambar semua pun ambik dengan handphone je... nak didelete terasa rugi sebab semua ni kenangan. Ni semua gara2 terlalu asyik di blog.. hehe...(tau takperrrr.. kekeke...) Oleh kerana terlalu banyak sangat entry2 yang tertunda & tiba2 aku bersemangat nak update FP.. jadi aku update ikut dan je.......... tak ikut giliran.. main hentam je.. tak kisahlah kan..janji leh masukkan ke FP untuk dijadikan kenangan akan dtg.. Nak update resepi ke FP memang tak rajin... jadi update gambar2 kenangan cukuplah kat sini...

Kali ni dengan gambar2 perkahwinan sepupu hubby di Batu Talam Raub iaitu Linda & pasangannya Yusuf yang berasal dari Negeri Sembilan. Tarikhnya dah lupa nnt kalau ingat balik aku masukkan semula tarikhnya.. hehe... sorry Linda.. kak ngah dah tua daaa... semua benda pun kerap lupa...


Pengantin baru Linda dalam persalinan nikah (putih), berinai (meroon) & bersanding (hijau)... suka betul warna hijau tu.. cantik..



Ini je gambar pengantin yang ada.. tiba2 malas nak ambik gambar pengantin. Tetamu ramai betul masa kenduri Linda ni.. alhamdulillah.. syukur walaupun 2 mlm sebelum kenduri berlaku banjir kilat di kawasan perumahan.. mujurlah arus deras tak bawak lari pentas pelamin yang dah siap pasang kat luar rumah tu..



Ini antara sumbangan yang sempat ku buat.. tapi bukan semua.. hehe.. Cuma hantaran coklat & sirih junjung tu je hasil keras tangan aku atas permintaan mak sedara.. manakala hidangan mkn beradap tu.. tolong sikit2 je.. selebihnya kita serahkan pada yang pakar.. hehe... Manakala hantaran di sebelah kanan sekali bahagian atas tu adalah hantaran dari pihak lelaki...



Jika dua tahun lepas masa kakak si Linda ni kawin iaitu Niza & Haidir (kalau masih ada yang ingat leh tengok SINI dan SINI) sepupu2 hubby semua yang merangkap penanggah pada hari kenduri mengenakan uniform serba hitam dengan nama Bersatu Family.. kali ni hubby dah tempah uniform baru dengan warna merah pulak dengan nama Salam Generasi.. hehe... tengoklah betapa ramainya sepupu2 & bapa saudara belah hubby ni... ini baru lelaki belum masuk geng pompuan lagi... memang senang kalau family belah hubby ni nak buat kenduri kendara... anak beranak je dah berduyun2.. hehe.. seronok! Meriah sangat! Yang kelakar tu.. ada pulak family luar yang bertanya nak gunakan perkhidmatan penanggah berbaju merah ni untuk kenduri rumah dorang.. hehe.. Alamakk..! kumpulan Salam Generasi ni khas untuk keluarga saja... Dah nama pun SALAM... Salam tu nama moyang hubby belah mak.. dah tentu2lah khas untuk keluarga Salam saja... perkhidmatan pun FOC Dalam gambar kat atas tu.. yang pakai baju biru tua di tengah2 itulah satu2nya atok saudara hubby yang masih ada... sekarang atok tinggal di Benta, Pahang



Untuk memeriahkan majlis.. hubby dah rancang satu yang menarik. Duit lebihan koleksi tempahan baju merah tu... hubby belikan beberapa hadiah yang murah2 untuk dibuat majlis cabutan bertuah untuk kaum family. Dapatlah dalam 10 hadiah gitu... kami dah siap balut dari PJ lagi & bawak balik ke kampong. Tapi tak sangka pulak bila sampai ke kampong ramai kaum keluarga yang sudi sponsor lagi duit untuk tambah2 hadiah yang ada... jadi hadiahnya bertambah sehingga ke 41 hadiah... jadi ramailah yang berpeluang dpt hadiah bila hadiah bertambah Terima kasih kepada yang sudi sponsor tu ye.. aku pun ada gak sponsor sikit.. hehe... Gambar kat atas tu.. sebahagian hadiah yang siap dibalut dari rumah.. kemudian sebahagian hadiah yang berjaya ditambah. Alin tu tengah sibuk buka hadiah ibu... ibu dapat hadiah kain batik & abang dpt hadiah gelas.. hehe..



Tak sangka pulak aku orang pertama yang dipanggil untuk orang yang bertuah pada hari tu.. keke... hadiah bernombor 41. Hubby pulak dapat hadiah bernombor 37... selang 4 nombor je... takut jugak tu nnt orang cakap main tipu lak dua2 laki bini bertuah dpt hadiah... tapi tak tipu tau... cabutan nombor semua dibuat oleh pakcik2 yang ditugaskan utk menyampaikan hadiah.. hehe.. Mula2 Pak Itam sebagai tukang cabut nombor & bagi hadiah.. Pastu Pak Teh pulak (bapa pengantin yg pakai baju hijau tu).



Sekarang giliran mak pengantin pulak tukang cabut nombor & bagi hadiah...



Lepas mak pengantin.. giliran Maklong (my mertua) pulak...



Tak larat nak ambik gambar semua... snap mana yang sempat aje...



Dan yang paling bertuah dapat hadiah paling mahal ialah sepupu hubby Mieza yang berbaju pink tu.. memang rezeki dia.. tahniah Mieza..!
Dan yang terakhir... kumpulan Salam Generasi bergambar beramai2 kat atas bukit tu selepas dah selesai majlis... Till we meet again this weekend ye.... ada satu lagi kenduri sepupu hubby 15hb September ni.. seronok ramai sepupu ni.. asyik mkn nasi kenduri jer.. hehe...

Ok sekian dulu... terima kasih kepada yang masih sudi berkunjung.. Buat masa sekarang.. FP seakan bermasalah untuk tinggalkan komen.. tak taulah kenapa.. tapi takpelah yang penting gambar2 di FP masih boleh ditatap...


Macam biasa.. resepi2 terkini sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net