Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Sep-2012 22:56 Email | Share | Bookmark
Lawatan ke Zoo Melaka..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum...

Lagi update aktiviti family kami.... kan dah kata... sekarang ni sedang dilanda angin rajin mengupdate FP.. jadi jangan sampai jemu pulak.. kekeke... Sebenarnya.. ada sedikit waktu terluang & di samping tu.. aktiviti masak2 tak begitu rancak sekarang sebab boleh dikatakan tiap2 minggu ada jemputan open house.. jadi gantung periuklah! Bila dah gantung periuk maka takdelah sangat juadah yang nak diposingkan... so... blog masakan pun kita lupakan seketika. Sebenarnya bukan tak masak langsung.. cuma masak yang biasa2 & menu2 ulangan.. jadi memang malas nak ambik gambar... Sebabnya kat rumah pun banyak nak tumpukan pada kakak Dini yang nak exam UPSR... kita lupakan seketika hobi bereksperimen di dapur.. hehe..

Oklah.. layan gambar yang tak seberapa.... kualiti gambar memanglah tak memuaskan & semua pun dah maklum.. gambar2 di FP ku ini semuanya di ambil menggunakan kamera handphone saja. Daripada takde kenangan langsung.. ambil juga lah gambar guna handphone.. boleh juga jadikan kenangan di FP ni...

Sebenarnya kami ke Melaka pada cuti sekolah hujung tahun lepas... punya lama kan? Tulah... memang banyak lagi gambar2 tahun lepas tak berupdate... lepas ni jika mood mengupdate masih ada akan keluarlah lagi gambar2 yang tertunda tu... ok jom jom kita ke Melaka... hehe...

Zoo Melaka
24hb Disember 2011


Hampir 10 tahun rasanya tak jejakkan kaki ke Melaka.... akhirnya dapat juga bawak anak2 ke Melaka... Hajat di hati nak bermalam tapi apakan daya... waktu kami pegi tu musim cuti Krismas jadi semua hotel pun full booked. Salah kami juga sebab tak booking dulu.. tapi tulah.. nak booking pun takut pulak tak jumpa nak cari hotel yang dibooking sebab kami ni pegi main redah je.. bukannya tau sangat selok belok Melaka.. GPS pun takde.. sebab tu tak berani nak booking.. Takpelah lain kali ada rezeki kita pegi lagi...



Hanya sempat bawak anak2 ke Zoo Melaka... & then lepas tu sempat bawak anak ronda2 Bandar Hilir.. tapi memang takde gambar sebabnya bateri kamera dah abis.. hehe...



Kalau dah masuk zoo.. apalagi selain melihat haiwan2 yang ada dalam tu.. hehe.. apa tu org kata.. tengok sedara eik?



Masa kami sampai di zoo tu.. cuaca nampak gelap je.. jadi kami standby ler dengan membeli lagi 2 kaki payung kat gerai di luar zoo tu.. dalam kereta dah ada 1 payung.. mujurlah juga tergerak hati nak beli payung. Memang hujan turun selebat2nya masa kitorang berada dalam zoo tu... sampaikan ada pelawat yang basah lencun dibuatnya sebab takde payung.. hehe.. nak tumpangkan pun kitorang ngam2 je ngan 3 payung tu.. alahaii... Tu tengok gambar seladang tu.. masa tu sebenarnya memang hujan tengah lebat tu...



Bila hujan dah berhenti barulah berpeluang bawak anak2 naik kuda ni... Mula2 abang Haziq takut nak naik. Suruh ayah naik dulu ngan adik Alin.. lepas tu baru dia konfiden nak naik.. itupun ayah kena naik lagi sekali.. tapi kuda lain2lah..



Bila dah naik sekali barulah berani & nak naik lagi & lagi.. haaa kan dah kata... tadi takut sangat sekarang baru tau... hehe.. now dia naik kuda sorang2 je... ayah dah tak naik dah.. Kakak Dini ngan ibu memang tak berani nak naik.. lagipun.. takde kuda yang sanggup nak bawak kami.. mau patah pinggang kuda nanti.. Cadang2 tu.. nak juga bawak anak merasa naik gajah.. tapi hari tu tempat ride gajah ditutup kepada umum.. takde rezeki la kan.. kalau naik gajah may be ibu ngan kakak Dini bolehlah naik.. hehe..



Teruskan perjalanan jelajah Zoo Melaka... bekas2 hujan masih lagi ada...



Bergambar kenangan kat sini.. sang belang baru keluar selepas hujan lebat...



Akhir sekali kami melalui titian di dalam tasik ni.. saja2 je.. takde apa sangat kat sini.. cuma ada ternampak beberapa ekor itik & bangau kat sini..



Selepas keluar dari zoo perut masing2 pun dah lapar.. maka melilaulah kami mencari tempat makan. Asal jumpa je.. dah tak kira kat mana janji ada kedai makan yang dibuka kami belasah je.. tapi bukan belasah tuan kedai tulah kan.. kami belasah nasi & lauk pauk diaorang lah.. lepas makan nilah bermulanya pencarian hotel sambil2 bawak anak2 meronda Bandar Hilir... lepas tu rasanya macam habis satu Melaka kami pusing untuk dapatkan tempat penginapan.. dari hari masih cerah sehingga ke malam... tapi memang takde rezeki kami... ada juga yang masih kosong tapi biliknya agak sempit.. jadi kami putuskan balik sajalah ke KL malam tu juga.. anak2 dah muncung tak puas berjalan di Melaka.. oleh kerana bajet cuti2 masih ada lagi maka kami berjanji bawak anak2 ke satu tempat percutian yang lain pulak.. hehe.. yang tu tunggu di lain entry pulak ye... itupun kalau masih ada kerajinan la..

Oklah.. terima kasih sudi meluangkan masa ke sini.. semoga dpt bersua lagi..


Macam biasa.. resepi2 terkini sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net