Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Sep-2012 21:06 Email | Share | Bookmark
Yasin & Marhaban, Birthday Betty & Jalan2 Chinese New Year..

 
 
 
 
Assalamualaikum...

Ini sedikit lagi sambungan aktiviti semasa & selepas episod memancing udang galah pada 22hb Januari 2012. Pada hari yang sama semasa kaum lelaki pegi memancing udang galah.. kami kaum perempuan di rumah bertungkus lumus menyiapkan masakan & persiapan untuk majlis bacaan Yasin & juga marhaban bersekali majlis potong jambul 2 orang anak sedara ku.. agak kelam kabut.. tapi alhamdulillah dapat disiapkan on time. Tak banyak pun gambar yang sempat di ambil pada majlis tu.. almaklumlah.. si tukang ambik gambar pun turut sama sibuk menyiapkan pelbagai persiapan.. selain ma & kami tiga beradik.. mujurlah ada makcik (sujah) & 2 orang anak daranya (Syikin & Naknie) yang turut sama membantu menyiapkan apa2 yang patut.. dari malam sebelumnya lagi aku dah kelam kabut siapkan puding pelangi & apam dot dot dengan dibantu adik2 & 2 sepupu... kalau takde pembantu boleh patah gak pinggang mak ni nak siapkan apam dot dot yang banyak tu.. hehe.. Ada jugalah jiran & kenalan ma yang datang menolong.. tapi masa tu sebahagian besar kerja2 banyak sudah kami siapkan.. cuma ada sikit2 je lagi yang belum siap spt nak potong memotong kuih & buah, potong bunga rampai.. bungkus nasi untuk berkat dll.. jom saksikan gambar2 yang kelabu asap ni..

22hb Januari 2012

Tetamu yang hadir.. gambar memang sangat2 terukksss.. masa potong jambul tu pun takde gambar yg elok.. semua kelabu & gegar sana sini.. maklumlah kan.. kamera handphone memang takleh ambik gambar yg bergerak.. mesti gambar jd mcm gambar entiti.. hehe.. yang ralat tu.. gambar dua orang anak sedara yang nak dipotong jambul tu pun leh terlupa nak ambik

22hb Januari 2012

Ini antara juadah yang mampu dihidangkan.. menu utama ialah nasi ayam & menu iringan spagetti yang disiapkan oleh Syikin & Naknie selain kuih muih pencuci mulut. Ada juga buah tembikai & limau mandarin.. kan musim raya China masa tu hehe.. Selain tu ma rebus juga kacang kuda & buat tapai pulut. Tapi tapai tu dibungkus khas untuk ole-ole ataupun goodies bag selain isian2 yg lain.. dah lupa dah apa benda lagi dlm goodies bag tu.. yang aku ingat ada tapai pulut, bunga telur & buah limau.. yang lain dah lupa letak apa sebab goodies bag tu.. anak ngan anak2 sedara yang siapkan masa aku sibuk buat apam dot dot...

22hb Januari 2012

Sebelah petangnya selepas semua tetamu bersurai.. kami adakan majlis belated birthday Betty (anak saudara).. bukan majlis apa pun.. cuma potong kek dengan kaum keluarga je.. nak buat apa lagi kan.. makanan pun memang dah ada.. kiranya.. hari tu ada majlis 3 in one ler.. hehe.. Sebenarnya hari jadi Haziq pun tinggal lagi seminggu je lagi.. jadi tokma kata.. Betty dengan Haziq share je potong kek tu sama2.. cuma pada kek tu takdelah nama Haziq sebab masa tokma tempah kek tu tak teringat yang besday abang Haziq pun dah dekat.. hehe... Haziq tak kisah pun.. selamba je dia share tiup lilin & potong kek tu sama2 walau takde nama dia.. heeeee...

23hb Januari 2012

Dan ini pula aktiviti kami keesokkan harinya.. ini pun pegi sebelah petang hari raya Cina tu.. masa ni acu & family dah balik semula ke PJ.. jadi hanya kami jelah yang pegi beraya petang tu... pegi beraya 2 buah rumah je.. keluarga Cina campuran asli ni kami dah kenali & rapat sejak berpuluh tahun dulu lagi.. masa tu aku masih bersekolah rendah..kami jadi kawan sebab masa tu.. salah seorang dari keluarga mereka ni pernah minta tolong dengan arwah ayah aku untuk taipkan surat rasmi (tak pasti surat nak hantar ke mana). Sebab arwah ayah memang ada sebuah mesin taip kat rumah tu. Ada antara keluarga mereka yang meminta izin untuk gunakan alamat rumah kami untuk sebarang surat menyurat. Maklumlah kan.. kampong dorang agak pedalaman jadi memang susah posmen nak pegi hantar surat. Jadi sebarang surat2 rasmi mereka semua gunakan alamat rumah kami.. Sejak dari itulah mereka sangat rapat dengan kami.. macam ni lah selalunya.. bila raya dorang kami pegi rumah dorang.. bila raya kita pulak.. dorang pulak datang beraya kat rumah ma... Kalau musim buah2an lagilah syokk... memang mewah dapat makan buah.. macam2 buah ada... kalau kami tak pegi kampong dorang.. dorang yang akan hantar ke rumah.. tak rugi buat baik dengan dorang ni.. walaupun mereka berlainan bangsa.. tapi mereka sangat baik & berbudi bahasa serta sangat sensitif & hormat jika melibatkan agama Islam. Malah salah seorang anak perempuan kawan ma ni telah pun memeluk Islam & berkahwin dengan budak melayu. Now dah ada 2 orang anak pun.. Jangan tak caya.. kalau dorang nak buat kenduri kawin anak2 dorang pun.. dorang tempah tukang masak/ ala2 catering orang melayu dari kampong kami (Keratong) untuk majlis kenduri kawin... jadi takdelah rasa was-was untuk kita pegi kenduri kawin anak2 dorang kan.. hee...

Oklah.. itu saja cerita untuk hari ni.. terima kasih kerana sudi bertandang lagi ke sini.. mungkin ada lagi entry terbaru lepas ni.. cuma tak tau lagi cerita mana satu yang akan keluar.. hehe.. doa2kan supaya aku masih ada kerajinan untuk update di sini ye.. hee..


Macam biasa.. resepi2 terkini sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net