Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Sep-2012 04:33 Email | Share | Bookmark
Majlis Perkahwinan Atan & Shira...

 
 
 
 
Assalamualaikum....

Masih ada lagi gambar2 perkahwinan yang kami hadiri pada tahun lepas.. ni lah akibatnya bila ada penyakit M tak lama dulu.. sekarang ni baru nak kebah tu yang entry tiba2 je keluar berdas2.. kekeke... takpelah eik.. siarkan gambar2 lama untuk kenangan kami sekeluarga... Majlis kenduri kahwin ni sama bulan dengan majlis kahwin adik ipar ku Jol & Amy tempohari.. cuma tarikh je berbeza sikit.. kedua2 pasangan pengantin Jol & Amy serta Atan & Shira ni masing2 pun baru je dapat cahaya mata pertama mereka.. Dua2 pun dapat cahaya mata lelaki.. tahniah di ucapkan pada u all semua ye... moga jodoh kalian berpanjangan hendaknya & berbahagia hingga ke anak cucu... Majlis nikah sebelah perempuan berlangsung pada 8hb Oktober 2011. Tapi malangnya kami tak dapat nak hantar pengantin sebab en. abang ku bertugas pada hari tu.. hanya kenduri sebelah lelaki je yang kami dapat hadirkan diri..iaitu pada 29hb Oktober 2011.

Majlis ni adalah majlis perkahwinan anak sulung kakak angkat ku kak Ramlah yang berada di Meru.. kenal kak Ram ni sejak aku masih umur 20an.. Atan ni dulu pun masih budak2 lagi.. now dah pun berkahwin & punya anak... begitu cepat masa berlalu.. kan... dah bercucu dah kak Ram ni.. hehe.. tahniah kak... terima kasih atas jemputan ni ye.. minta izin siarkan gambar2 ni untuk kenang2an kami sekeluarga..

Tarikh : 29hb Oktober 2011
Tempat : Taman Sri Mewah, Meru, Klang, Selangor



Gambar kat atas ni saja2 aku ambik gambar abang dengan anak2 berposing kat meja guard (masa tu guard takdek.. hihi) depan entrance Tower A sementara menunggu Sujah datang jemput kami. Kami pegi menumpang unser acu je sebab kebetulan acu tak dapat pegi sebab ada hal lain.. jadi Amirul yang jadi driver jemput kami. Oleh sebab unser acu kosong.. jadi kami pegi satu kereta jelah.. Sujah kata buat apa nak buang minyak pegi dua kereta.. pegi je sebuah kereta.. lagipun dorang tak berapa tau sangat jalan nak ke Meru.. so.. bagi peluang Amirul drive (baru dpt lesen) & abang jadi penunjuk arah.. hehe..



Gambar tempat kenduri dari jauh & gambar2 kami berposing lepas dah kenyang perut.. hehe Tu si Haziq bergambar dengan Adam.. masa ni adik aku Angah pun ada juga datang kenduri tu sebab Angah pun kenal gak dengan Kak Ram ni.. tp lupa plak nak ambik gambar dia.. sorry ngahh..



Kami pegi agak lewat.. pengantin pun dah tukar baju masa ni... tak kisah sangat sebenarnya sampai lewat sebab dah kenal lama ngan Kak Ram ni.. kalau rumah orang lain tu seganlah juga kan.. hehee.... Ni sempat gak ler aku tumpang snap2 sikit gambar masa cameraman ambik gambar pengantin.. hihi..



Gambar kak Ram sekeluarga.. tapi anak dara kak Ram sorang lagi entah ke mana pegi masa ni... takde pulak dlm gambar si Eja ni.. yang dua anak dara kiri & kanan kat depan tu sepupu kak Ram (anak yatim piatu... yang kak Ram jaga) yang dah di anggap macam anak sendiri. Minggu depan pun kak Ram akan buat satu lagi majlis kenduri kawin sepupu dia yang dia jaga tu... mudah2an kami dapat pegi lagi..

Okay sekian dulu untuk kali ni... semoga bertemu lagi di lain entry ye...


Macam biasa.. resepi2 terkini sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net