Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Sep-2012 09:52 Email | Share | Bookmark
Father's Day & Birthday Ayah.. semuanya di Restoren Murni Sunway

 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum...

Hari ni update pasal makan-makan pulaklah.. Dah lama rasanya tak update pasal makan2. Bukan makan kat tempat yang grand2 pun... tempat biasa2 je.. tapi ini salah satu restoren favourites kami kalau nak makan kat luar.. Salah satu sebab kenapa Restoren Murni Sunway jadi pilihan sebabnya ia dekat dengan rumah & lagi satu makanan & minumannya sedap2 & yang paling penting, makanan kat restoren ni.. portion dia BESAR Tapi macam biasalah.. bila portion besar & sedap tu.. harga dia agak tinggi sikit ler kan... tinggi sikit je.. kalau tinggi banyak kami tak mampu pulak nak makan kat sini... Gambar2 ni sekadar kenangan buat kami sekeluarga saja.. tidak berniat pun nak menunjuk2...


Father's Day 2011

Sempena father's day tahun lepas, Ibu belanja ayah & anak2 makan kat sini.. Makanan semuanya pilihan masing2.. pilihan ayah ialah Nasi Goreng Napoleon & Honeydew Special Nasi goreng ni dihidang dengan telur mata, keropok, french fries, 3 ketul daging (daging gulung kalau tak silap) & 2 jenis sos.. memang hebatlah kalau sapa2 yang dpt habiskan sepinggan tu.. memang kenyang sekenyang2nya... sapa2 yang nak makan kat sini.. pastikan perut dikosongkan yer.. heee...



Pilihan kakak Dini & abang Haziq pula Chicken Chop & Fresh Orange... dorang berdua ni asal mkn kat luar asyik2 pilih chicken chop... taknak ke mencuba menu yang lain ?



Menu kat atas tu Nasi Goreng Soft Shell Crabs pilihan ibu... minuman pulak ibu pilih Jus Kedondong.. tapi terlupa pulak nak snap gambar Ibu pilih nasi goreng tu sebab tak pernah lagi merasa ketam kulit lembut tu. Dengar khabar ketam kulit lembut femes kat Kuala Gula, Perak ye? Tau pun dari seorang sahabat cyber iaitu Zaliedana tak lama dulu.. kalau nak tengok rupa ketam kulit lembut boleh klik SINI. Memang sedap rupanya! Ketam goreng tu boleh dimakan dengan kulit2 sekali sebab kulitnya memang lembutt.. hehe.. Manakala Omelette Special tu ibu pilih untuk adik Alin... kalau pilih menu nasi takut tak habis pula... itupun adik tak habis juga..




Makan saja2 14hb Julai 2012

Kali ni makan saja2 je.. takde sempena apa pun.. saja teringin nak mkn kat sini so abang ajak mkn sini... kdg ada juga dtg makan saja2 kat sini tapi tak ambik gambar terutama bila orang ramai sgt.. heheheee...
Menu pilihan ayah kali ni Nasi Goreng Kong Pou Chicken, pilihan ibu Claypot Lou Shu Fan... ni gara2 terasa sedap masa rasa yang ayah order masa makan sebelumnya (tak ambik gambar langsung masa tu) tu sebab ibu order menu ni pulak.. mee ini dihidangkan bersama sambalnya.. yummy
Hahh.. kan dah kata.. budak2 ni memang takde menu lain kalau makan kat luar mesti Chicken Chop! Kali ni untuk adik Alin pun order yang sama macam kakak & abangnya juga...




Birthday En. Hubby ~ 7hb September 2012

Ini gambar terbaru ni.. hee.. digabungkan sekali dalam entry ni sebab semua nak paparkan gambar di Murni Sunway... sempena birthday en. hubby baru2 ni.. sekali lagi ibu belanja ayah & anak2... pilihan ayah tetaplah Murni Sunway.. ibu ikut je... Sebelum keluar rumah.. berposing dulu.. bukan selalu pun... sekali sekala...



Dah sampai restoren.. untuk adik Alin kami orderkan Nasi Goreng Cina & Milo Dinosaur.. nasi gorengnya luak suku je... adeiii.... sayangnya!



Kali ni tak banyak ambik gambar kat kedai sebab SEGAN hehe... snap menu mana yang sempat aje... & menu pilihan en. hubby kali ni ialah Nasi Goreng Black Pepper Steak & Jus Lemon Special Kali ni kakak Dini & abang Haziq ada up sikit dorang punya menu... kalau sebelum ni asyik order Chicken Chop.. kali ni dorang order Nasi Goreng Chicken Chop pulak.. airnya tetap sama.. Fresh Orange.. hehe... Ibu pun teringin nak makan Chicken Chop kali ni.. tapi mau yang berasap2 punya.. jadi ibu order Sizzling Chicken Chop minuman pulak ibu order Honey Lemon Tea Tapi tulah.. sayang2nya semua tu tak di snap gambar.. kes malu punya pasal

Oklah.. itu je pun gambar2nya... selamat bercuti buat semua.... Terima kasih sudi bertandang ke sini...


Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net