Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Sep-2012 23:35 Email | Share | Bookmark
Wedding...

 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum....

Banyak lagi gambar2 kahwin dalam simpanan rupanya... oleh kerana gambar2 ni ada sikit2 je.. jadi dirangkumkan sekali dalam satu entry........... Tapi maaflah tarikh2 wedding ni ada yang dah lupa... ada yang tahun lepas.. ada yang dalam tahun ni..

Perkahwinan Aisyah & Fazril (Cheras)

Pengantin perempuan Aisyah ni adalah anak tiri pada my kazen Marlida... comel kan? Ada iras2 dengan anak kembar Ida yang si kakak jugak ni.. yelah.. dah adik beradik mestilah ada iras kan.. dulu pernah masukkan gambar Aisyah masa dia masih anak dara lagi... leh klik SINI. Masa tu di kenduri kazen ku Bie.. now giliran Aisyah pulak jadi pengantin.. tahniah buat kedua2 mempelai... semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu hendaknya...



Gambar2 yang disnap oleh Along guna dslr... tu yg nampak beza sangat gambarnya kan... kalau gambar guna handphone faham2 sajalah kualitinya.. hehe...



Gambar2 ni semasa kami balik dari kenduri & singgah surau berdekatan utk solat asar.. sempat lagi bergambar kenangan beramai2.. hee...


Perkahwinan Diana & Ariff (PJ)

Diana ni officemate aku... bertemu jodoh dengan orang Klang... akak doakan Diana sentiasa berbahagia bersama suami tersayang...



Sempat juga snap gambar collegue lain yang sama2 hadir pada hari tu... gambar pengantin tak dapat nak snap sangat sebab anak2 buat perangai.. masa ni en. hubby tak dapat ikut sebab kerja.. bila ibu sorang je kena control anak2.. macam tu ler jadinya...


Perkahwinan Zharif & Shima (9hb Jun 2012 ~ Keratong)

Ini pula majlis perkahwinan anak jiran ma kat kampong. Zharif ni anak bongsu jiran sebelah rumah ma... sejak2 aku bermastautin di Selangor... dah jarang jumpa anak2 jiran... tau2 bila jumpa time dorang kawin.. hehehe... kalau dulu budak2 lagi now dah jadi suami orang & soon akan jadi ayah pula... tahniah Zharif... semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga... amin...



Dan terakhir gambar ma bersama2 kawan satu blok... biasalah kalau kat Felda memang ada blok masing2. Satu blok biasanya ada 24 buah rumah.. maksudnya 24 buah keluarga.. Satu blok diurus oleh seorang pegawai Felda.. gitulah serba sikit cerita pasal Felda. Kalau ikutkan masih tak lengkap makcik2 ni... ada yang takde dalam gambar layan tetamu, ada yang tak dpt datang sebab uzur & ada juga yang sudah meninggal dunia... pada yang dah tiada tu.. Al-Fatihah... Kadang2 rindu juga nak bersembang dengan makcik2 ni semua... sejak dari sekolah kenal dengan dorang.. dorang semua sangat akrab & bersatu... oklah.. sekian dulu utk entry hari ni ye...

Bertemu lagi di lain entry..



Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net