Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Sep-2012 01:22 Email | Share | Bookmark
Sepetang di Pantai Chedok, Rompin, Pahang

 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum...

Lagi kisah yang dah lama terperam.. Sempena negeri Selangor bercuti pada hari keputeraan Sultan Selangor pada 11 & 12hb Disember 2011 akhir tahun lalu.. kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk pulang ke kampong ku di Keratong, Pahang menemui bonda tercinta. Di samping itu.. kami juga ambil kesempatan untuk pergi ke Rompin, Pahang melawat tanah pusaka arwah ayah berhampiran Pantai Chedok serta menguruskan hal2 yang berkaitan... Alhamdulillah segalanya dipermudahkan... Amin..

Sempatlah juga aku mengambil beberapa gambar sebagai kenang2an ketika meninjau2 tanah pusaka arwah ayah. Tatkala meninjau2 kawasan persekitaran disitu.. nostalgia lama bermain2 kembali di mataku... segalanya manis bagi aku yang ketika itu baru berusia kira2 4 atau 5 tahun.. tapi bagi arwah ayah & ma pula ketika itu.. hidup di sini penuh ranjau & onak.. amat sukar ketika itu... umpama kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang... Syukur alhamdulillah.. segalanya telah berubah kini.. nasib seseorang tidak akan berubah seandainya dirinya sendiri tidak mahu berubah atau berhijrah ke arah yang lebih baik...

Jom aku kongsikan gambar2 yang sempat disnap (walaupun hanya snap dengan handphone...hee).. nostalgia terimbau kembali tatkala aku menjejakkan kaki semula ke sini setelah 36 tahun aku meninggalkan tempat ini...


Nekad berkereta meredah tepian pantai untuk ke destinasi... menurut ma pantai di sini pasirnya tak seperti pantai di Terengganu atau lain2 pantai.. insyaAllah tayar kereta takkan tenggelam maupun terbenam dalam pasir kerana pasir di sini jenis padat... cuma harus di ingat lepas pulang nanti hantar cuci & sembur bawah kereta kerana takut berkarat sebab dah merecik air masin.. hehe..
Kereta ma dah mendahului... kami lambat sikit sebab masih takut2 nak jalan atas pasir yang berair tu.. hehe.. Dulu2 pantai inilah tempat kami berjalan2 ambil angin petang sekiranya arwah ayah tidak sibuk di kebun...
Meninjau2 tanah pusaka arwah ayah... sana sini hanya semak samun yang memenuhi... maklumlah takde siapa yang mengusahakan tanah ni.. jadi terbiar macam tu saja walaupun tiap2 tahun hasil tanah di bayar..
Pokok mengkuang tak asing lagi bagi tanah yang berpasir...
pokok ini pun banyak kenangan bagi aku.. dulu2 ma pernah mengayam tikar yang diperbuat dari mengkuang... sangat2 nostalgia.. daun mengkuang yang sudah diraut & dicelup pewarna berjemuran di tali ampaian.. baunya harum bila kita lalu tepi jemuran..



Tumpang bergambar dengan perahu milik orang yang ditinggalkan di tepi pantai..
anak2 seronok naik perahu walaupun atas darat.. hehe.. Perahu fiberglass ini memang khas untuk dibawa ke laut.. kalau untuk digunakan di sungai muncung perahu tidak tajam seperti dalam gambar ni... itulah bezanya.. (ehh! betul ke ni? confident aje aku dok bagi fakta... kena tanya pakcik P.I. untuk kepastian.. heee)



Di belakang aku & hubby ada dua buah pulau kecil.. Kalau tak silap salah satunya dinamakan Pulau Locong. Di Pantai Chedok ni juga pernah berlangsungnya pertandingan memancing pada tahun 2010 dengan hadiah yang lumayan telah ditawarkan.. cuma mungkin tempat pertandingan memancing tu bukan sama lokasi dengan yang dalam gambar nilah sebab kat sini agak susah nak masuk sebab kebanyakannya adalah tanah persendirian.. dari jalan besar nak menuju ke pantai jalannya tak berapa elok.. hee...
Di tepi pantai ini 36 tahun yang lalu pernah kami (aku, ma & arwah ayah) mengutip bekas2 plastik (tumbler berpenutup) yang mempunyai leaflet di dalamnya yang hanyut & bergelimpangan di atas pantai.. bekas2 plastik tersebut dipercayai sengaja di hanyutkan dari kapal supaya orang di darat mengutipnya & mendapat info yang dikepilkan di dalamnya.. kalau tak silap aku.. bekas tu warna kuning & penutupnya warna oren.. aku tak ingat leaflet tu dari negara mana.. arwah ayah pernah bercerita tapi masa itu aku masih kecil...
Di tepi pantai ini juga suatu ketika dulu aku mengikut arwah ayah & ma mengutip kepah. Seronok sangat! Ma gunakan mata parang untuk menyucuk pasir bila ternampak 'mata' (kesan kepah tenggelamkan diri) atas permukaan pasir.. bila ada bunyi benda rapuh jer.. maknanya adalah kepah kat dalam pasir tu.. akulah orang yang paling happy sekali jadi tukang gali... hahaha.. hanya beberapa inci saja dalamnya dah jumpa kepah.. sedar tak sedar.. hampir penuh baldi kecik yang aku bawa penuh dengan kepah... aarhhh.... segalanya tinggal kenangan... kenangan manis dalam hidup ku walaupun ketika itu kami hidup susah....



Beredar beberapa meter dari tanah kami... terdapat chalet juga di sini.. tapi gambar chalet tak di ambil. Kami tumpang berehat sebentar kat kawasan berdekatan chalet sambil nikmati bekalan nasi kerabu & ubi rebus cicah sambal... Sebelah chalet dari kejauhan ternampak kebun sawit.. sebelah kebun sawit itulah tanah yang kami lawat tadi...




Sebelum pulang.. singgah pula ke Pantai Lanjut pekena otak2 udang & juga satar panas2... Di belakang kedai ini terdapat muara sungai & juga chalet The River Mouth Chalet... sangat sesuai untuk kaki pancing bermalam di situ... Aku pernah siarkan gambar2 masa kami bersantai2 kat Pantai Lanjut ni tak lama dulu.. leh klik SINI kalau nak tengok



Alang2 dah siarkan gambar2 di Rompin... tumpang sekali gambar masa aku, ma & adik2 semasa ke Rompin untuk menguruskan beberapa hal di Rompin... Sempat singgah pekena nasi berlauk udang galah & singgah beli cempedak & buah berangan kat situ...

Sekian dulu untuk kali ini... Terima kasih kerana tak jemu2 bertandang ke sini walaupun visitors tak dapat nak tinggalkan komen...hehe.. mungkin ada masalah teknikal sikit dengan FP buat masa ni.. kadang tu frust juga sebab aku sendiri pun tak dapat nak tinggalkan komen bila melawat FP kengkawan yang masih aktif seperti Kak Rusnah & Pakcik P.I...


Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net