Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Jan-2013 07:53 Email | Share | Bookmark
3rd birthday adik Alin & belated birthday auntie Syikin...(2012)

 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikummmm....

Wahh.. diam tak diam dah 3 bulan rupanya fotopages ku senyap sunyi. Fuhh fuhhh fuhhhhhh.... banyak betoiii habuk...

Maaflah kalau ada yang dok keluar masuk kat sini asyik tengok gambar & cerita yang sama jer.... tuan FP sibuk betol dengan macam2 hal. Nak pulak bulan2 terakhir 2012 sibuk dengan persiapan sekolah anak2. Haziq pun dah masuk darjah satu... pagi sekolah kebangsaan & petang ke sekolah agama.. kakak Dini pulak dah masuk asrama tingkatan satu sekolah menengah agama di Raub, Pahang... alhamdulillah sekarang ni dah boleh bernafas sikit Cuma... haaa.. ada cuma jugak tu... sekarang ni yang sibuk gamaknya asyik la nak kena outstation melawat anak kat asrama pulak maklumlah tak pernah berpisah dengan anak2 dalam jarak yang jauh & lama kan... rindu wehhh walaupun masa dok sama2 dulu asyik berperang jer

Okla takmo ler berceramah panjang2.. sebelum nak teruskan dengan cerita kali ni nak juga ucapkan selamat tahun baru 2013 buat semua.... umur pun dah bertambah weeeeiiii... dah tua dah haa... tapi perangai masih sama lagi Perangai memang tak boleh diubah kan.. takperlah.. perangai yang baik2 boleh di simpan.. yang tak elok tu kenalah buangkan sikit demi sikit...

Ok meh tengok gambar2 terperam ni. Gambar dah hampir setahun juga ni masa sambut birthday adik Alin ke 3 tahun pada 5hb Mac 2012. Sambut juga birthday my cousin Syikin yang dah belated.... bukan sambut apa.. cuma aku buat extra kek untuk Syikin juga selain kek untuk adik Alin. Buat surprise gituh! Memang tak beritahu pun nak buat kek utk dia.. hehe.. Macam biasa kalau nak buat makan2 ni seronok buat kat rumah my makcik Sujah... sebab rumah sendiri takdok laman. Rumah pun sempit... kat rumah Sujah ni tetamu boleh sembang2 & kawasan pun terbuka... leh ler menyembang lama2.. hehe.. Tetamu pun hanya jemput pengasuh adik Alin (Cik Ani) & Jamilah sekeluarga yang sama2 hantar anak kat Cik Ani & yang lain2nya hanya anak beranak belaka.. adik beradik & sepupu sepapat yang ada kat Selangor ni je... takde bajet nak jemput rakan taulan.. maaflah yer...

Makanan pula boleh dikatakan semua dimasak sendiri... ada juga yang Sujah sponsor iaitu bihun goreng & kari ayam untuk dimakan dengan pulut kuning yang aku buat. Nakni pulak sediakan mashed potato dengan gravynya sekali. Aku pulak selain buat kek birthday Alin iaitu Strawbery & Peach Short Cake.. buat juga Red Velvet Cake untuk Syikin & Red Velvet Cup Cake. Yang lain2nya.. sempatlah aku goreng makaroni, kukus pulut kuning, buat creamy chicken soup yang dimakan dengan garlic french toast (beli punya) yang dibakar panas2 oleh Naknie.. ini menu paling laku.. sekejapan je licin! Dessert pulak sempat ku buat puding triffle & apam polkadot. Dah lama berlalu hampir lupa cerita detail kejadiannyer... kalau nak baca cerita sepenuhnya bolehlah klik kat SINI yer.. hehe...

Ok jom layan gambar pulak


Antara juadah yang sempat disediakan.... siapkan semua ni macam lipas kudung.. fuhh.. mujur ibu tak pengsan.. heee..



Mereka yang diraikan... Happy (belated) birthday to both of you.... semoga kedua2nya menjadi anak yang solehah & berjaya dunia & akhirat... amin... Alhamdulillah Syikin sekarang sedang sambung further study... ambik master pulak.. Naknie adiknya pulak baru je dpt degree... sedang mencari2 peluang kerja... kejap je sepupu2 ku ini dah besar panjang.. Masih teringat2 lagi masa dorang berdua kecik2 dulu... hehe.. harap2 nanti adik Alin & anak2 ku yang lain boleh ikut jejak auntie Syikin & auntie Naknie plak yer... berjaya dalam pelajaran & berjaya dalam hidupnya... amin...




Dah lepas potong kek... sebelum makan baca doa la dulu.. doa dibacakan oleh tokcu & doa makan pulak abang Haziq dengan Adam yang baca.. heee..



Ini jer gambar2 tetamu yang sempat di ambil. Terima kasih pada semua yang sudi hadir pada hari tu. Terima kasih juga pada yang bagi hadiah pada adik Alin.. semoga kalian semua dimurahkan rezeki.. amin..



Kalau nak resepi Red Velvet Cake boleh klik SINI dan resepi Strawberry & Peach Short Cake boleh klik SINI. Ke dua2 resepi tu ada MaDiHaA tunjukkan step by step nyer


Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Sekian dulu kisah untuk kali ni... ada kesempatan akan dikongsikan lagi cerita2 kami yang lain pula...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net