Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 17-Feb-2013 20:52 Email | Share | Bookmark
CaCa MaRbA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca....

Hari ni sekali lagi MaDiHaA merajinkan diri mengupdate FP kesayangan ini walaupun hanya sekadar gambar2 biasa xtvt kami di waktu-waktu lapang dengan anak-anak. Bukan senang juga nak ada masa bersantai macam ni sebab en. suami MaDiHaA cutinya bukan serupa dengan orang lain. Kadang2 hari Sabtu & Ahad pun dia kena kerja. Paling sedih.. public holiday pun kena kerja.. kalau dapat double atau triple pay okay la jugak.. ni kena kerja untuk replace cuti pada hari lain.. Contoh macam baru2 ni.. cuti Thaipusam dan cuti Maulidurasul pun kerja.. lepas tu tak dpt double pay tapi cuti dibawa ke cuti Chinese New Year utk dptkan cuti panjang.. hmm.. sebab tulah en. suami jarang2 ada masa dgn family untuk bersantai. Jadi bila ada peluang bersama anak-anak macam ni... kita gunakanlah sebaiknya...

Oleh kerana gambar yang ada tak banyak mana... jadi MaDiHaA campurkan dengan gambar2 bunga kesayangan ma MaDiHaA di kampong. (gambar2 bunga tu sebenarnya bercampur ada gambar lama & ada gambar baru) manakala gambar2 di Klang & Funfair tu gambar2 tahun lepas) Sebab tu tajuk entry hari ini MaDiHaA letak CaCa MaRbA.. heheheee...



Jika kami ke Klang... kerap juga singgah minum air kelapa muda di sini. Menghilangkan dahaga dengan air kelapa muda di bawah pohon ceri memang best apalagi bila ditiup angin sepoi2 bahasa... hehe.. Sebenarnya masa ni kami nak pegi ke rumah adik MaDiHaA untuk hantar kain nak jahit baju sekolah anak2. Adik MaDiHaA ambil upah menjahit.. jadi senanglah bila adik sendiri pandai jahit.. semua kain hantar kat dia je.. senang..




On the way balik dari rumah adik, sempat singgah sekejap di Tanjung Harapan bawak anak2 tengok kapal besar tu.. Tak banyak pun gambar ambik kat sini sebab hari dah malam. Takde kamera & hanya gunakan handphone (lama) jadi kualiti gambar memang teruk sangat2.. sedihh.. huhu.. Bila perut dah mula berkeroncong.. terus kami pegi isi perut dulu di Restoran Wira Buana... my feveret restoren sejak dulu hingga kini jika ke Klang...




On the way balik... ternampak Funfair.. anak2 ajak singgah pulak. Yelah dah lama juga tak bawak anak2 main2 kat funfair.. jadi bawaklah juga lepaskan keinginan anak2 walaupun ayah dengan ibu tengah pokai.. hehehe..




Seronoklah anak2 melayan permainan kat sini.. ayah & ibu tumpang tengok jer.. heee...




Gambar kat atas ni pulak masa anak2 main funfair kat kampong.. yang ini tokma diaorang yang belanja.. mainlah sepuasnya... tokma belanja semua cucu2 main kali ni.. tak banyak pun gambarnya sebab anak2 bukan boleh duduk diam2... ambik gambar pulak guna hp je.. jadi faham2 jelah.. bila ambil gambar yang bergerak terus image jadi entiti!




Ok ini pula gambar2 bunga tokma (tokma tu tok anak2 ku.. hehe)... tiap kali balik kampong.. tak sah tak ambil gambar bunga2 tokma ni.. tokma memang suka tanam pokok bunga. Sekarang ni menurun kat aku & angah (yg duduk kat Klang tu). Tapi nampaknya aku tak dapatlah nak teruskan hobi bercucuk tanam sejak dah berpindah ke rumah sendiri sebab keadaan rumah yang tak sesuai.. hanya angah je yang boleh teruskan minat.. dia duduk rumah bawah bolehla kan.. Sayang juga sebab banyak bunga & pasu2 bunga aku dulu (masa duduk menyewa) dah bagi kat orang. Ok jom tengok bunga2 tokma lagi.. Gambar ni masa kami balik dah lama dulu..




Cantik kan? Tokma minat tanam semua jenis pohok hiasan tak kisah samada jenis berbunga atau berdaun. Kalau jenis berbunga antara pokok yang menjadi koleksi tokma ialah gervera (tokma panggil daisi) & pelbagai spesis orkid. Orkid warna kuning kat atas ni sebenarnya 2 saiz yang berbeza.. yang satu kelopaknya kecil sikit & satu lagi lebih besar.. kami panggil ni orkid "Lady Dancing".. cer tengok betul2 bentuk kelopak tu... persis seorang perempuan berbaju gaun yang sedang menari kan? hehe... nama saintifik spesis orkid ini ialah Oncidium atau nama lainnya Golden Shower..




Tak tau nama pokok bunga yang kat atas tu.. tapi aku suka tengok bunganya yang kecil2 comel tu... cuba tengok betul2... ada 'burung kecil berwarna hijau' yang sedang bertenggek pada setiap bunga2 tu kan? Cute kan? Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dulu.. selalu berimaginasi kot2 boleh jumpa dengan orang kenit.. tapi yang ini burung kenit... hehehe... Menurut bos ku.. ada juga yg burung kenit tu warna merah.. tentu lagi cantik & cute kan? Kalau terjumpa.. mesti ma pun geram tengok.. hehe...




Antara koleksi orkid tokma yang sedang berkembang waktu MaDiHAa balik bercuti pada cuti Chinese New Year baru2 ni...




Yang ini pula MaDiHaA kolajkan gambar2 bunga orkid tokma dengan bunga Pagoda & Kemunting Cina.. Cantik kan?



Tumpang posing sikit dengan bunga tokma.... nak buat gambar profile facebook & blog.. sesekali nak enterprem boleh lah kan.. walaupun model tua...

Oklah.. itu saja cerita & gambar2 kali ini..

Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net