Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Feb-2013 21:54 Email | Share | Bookmark
Taman Ular Sawa & Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan

 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...


Kembali bersiaran di fotopages kesayangan hamba ini.. Sebenarnya gambar2 ini semua sempat ku edit sejak minggu lepas lagi.. tapi nampaknya baru hari ini sempat di publish.

Dah dua hari aku terpaksa ambil cuti emergency sebab anak dara bongsu ku yang bambam sekali tu diserang demam panas. Sejak hari Sabtu dia demam sehingga ke hari ini dah masuk 5 hari... masih lagi demam. Hari Sabtu tak bawa ke klinik sebab masih ada ubat demam kat rumah.. jadi bagi ubat yang ada tu dulu. Hingga ke Ahad tak nampak perubahan akhirnya bawa ke Klinik berdekatan rumah. Bila doktor cek suhu badannya.. 39.6 darjah celcius! Ya Allah.. terkejut aku.. Doc kata tonsil pun bengkak.. mgkin sbb tu dia pun tak selera nak makan. Membawa ke hari Isnin masih tak berubah.. demam masih on off.. tp yg banyaknya memang panas sokmo badannya walau selepas 1 jam atau 2 jam beri ubat & antibiotik... macam ubat tak serasi je dgn dia.. jd Isnin tu kenalah ambil emergency leave. Malamnya berharap demamnya makin berkurang tapi nampaknya sangkaan meleset.. malam tu paling teruk panas.. terpaksa ibu berjaga utk pantau keadaan dia.. kena selalu jaram kepala dgn kain basah.. Kdg2 nmpak dia menggigil2 kesejukan walaupun dah berselimut dengan comforter... kesiannya Alin. Pukul 2.30 waktu beri ubat.. setengah jam kemudian rasa badan.. masih panas. Selepas sejam rasa badan.. masih juga panas. Terus sms ayahnya yang kerja mlm ajak bawak ke hospital pula esok pagi (selasa). Lepas hantar abang Haziq ke sekolah & pulang kerumah & bersiap sementara tunggu ayah pulang dari kerja. Kemudian terus ke hospital PPUM. Doktor cek segala & darah terpaksa di ambil sebab Alin dah 4 hari demam.. takut ada denggi juga sebab kulitnya dah nampak ada rashes.. Lepas 1 1/2 jam baru keputusan keluar.. alhamdulillah platlet darah normal bermakna bukan denggi. Tapi menurut doktor ada tanda2 viral infection.. Doktor am terpaksa panggil pula doktor pediatric untuk periksa lanjutan & lebih detail. Tambahan pula Alin tergolong kanak2 obes... jadi dos ubat kena lebih dari kanak2 normal. Hingga ke petang juga barulah selesai segala. Tapi alhamdulillah sebab tak kena admit.. Doktor hanya bagi ubat demam & antibiotik dengan dos yang sesuai dgn berat badannya. Masih ada rawatan susulan selepas ini.. harap2 semuanya okay. Doa2kan anak ku cepat sihat ye kawan2...

Oklah hari ni nak kongsi gambar2 sekitar cuti sekolah pada bulan Jun 2012. Waktu ini kami dalam perjalanan pulang ke kampong ku di Keratong sebab ada kenduri kahwin. Oleh kerana kami pulang siang hari (biasanya kami blk malam) jadi ambil peluang untuk singgah melawat Taman Ular Sawa di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Taman Ular Sawa ni dibuka pada Oktober 2010.. tapi aku tak pernah berkesempatan untuk singgah disebabkan kerap pulang ke kampong waktu malam.. hehehe.. Jadi bila dah ada peluang tu.. apalagi.. melawatlah kejap.. Sempat juga bawa anak2 mandi-manda di Ulu Bendul tu.. Bila sebut Ulu Bendul.. mungkin masih ada yang ingat pada Duta Ulu Bendul di Fotopages iaitu si Fazza Rinna kan? Yup.. sempat juga buat kali ke dua kami bertemu... kali ni sempat kami singgah sekejap kat rumahnya untuk melawatnya yang baru dapat baby no. 3. Baby perempuan yang sangat comel & montel iaitu baby QQ (nama timangan). Tapi sayang sebab gambar2 yang di ambil byk yg tak cantik.. maklumlah tangan org lain yg snap.. hehe.. Ok jom layan gambar2 yang ada ni ye...


Biasanya kami melalui susur Senawang untuk pulang ke kampong. Melalui jalan ke Kuala Pilah inilah kita akan jumpa Hutan Rekreasi Ulu Bendul.. Kat sinilah terletaknya Taman Ular Sawa satu2 taman ular sawa yang terdapat di Asia. Masuk ke sini (buat masa sekarang) adalah percuma.




Kena menapak naik tangga sikit untuk ke sini. Di bahagian tengah ditempatkan ular sawa yang saiz sangat besar. Tapi semuanya senang enak tidor. Gamaknya baru lepas makan... tak seekor pun yang bergerak. Semuanya berlengkar macam ular sawa... kekekekee... dah nama pun ular sawa kan.. agaknya sebab tu orang selalu cakap bila seseorang kenyang lepas makan lalu terbaring.. digelar macam ular sawa..




Ular2 sawa bersaiz sederhana diletakkan di dalam cermin begini. Jadi kita boleh tengok dalam jarak yang dekat.. Macam ada di depan mata saja. Tengok2 ular di dalam cermin ni.. kadang2 tengok2 juga kat bahagian bawah manalah tau ada ular liar yang tiba2 nak melintas.. hehehe... maklumlah kan dalam hutan.. jadi kena sentiasa berhati2..




Kat sini juga ada beberapa ekor ular anaconda yang dipamerkan. Tapi macam biasa semuanya malas & sedang berehat. Ada yang menyorok dicelah2 batu, ada yang menyorok di dalam lubang2 kayu yang disediakan. Waktu kami datang tu.. anak2 anakonda yang baru dilahirkan sudah berusia beberapa minggu. Menurut sumber 3 ekor anak anaconda dilahirkan oleh induk pertama pada bulan Mei (waktu kami dtg tu bulan Jun). Kemudian induk kedua pula melahirkan anak sebanyak 27 ekor menjadikan jumlah kesemua yellow anaconda menjadi 33 ekor (termasuk induknya). Banyakkan? hehe... comel2 jer.. Yer.. jangan tak percaya ular anaconda tidak menetas tetapi dilahirkan spt mamalia... kalau nak tau lebih lanjut silalah bertanya kepada en. google yer sebab aku tak tau nak cerita lebih2 sebab bukan pakar.. hehe... tapi itulah serba sikit yang diberitahu oleh penjaga taman tersebut.




Dah puas melihat ular2 tersebut.. kami pun turun semula ke bawah. Sambil turun sambil menikmati udara segar hutan & panorama hutan yang sangat mendamaikan...




Seterusnya bila dah sampai sini... tak boleh lepaskan peluang untuk bermandi manda.. Alhamdulillah sempatlah bawak anak2 mandi manda & berkelah di sini sebab awal pagi tu aku sempat goreng bihun & nugget untuk bekalan. Kat sini pernah berlaku kejadian kepala air yang telah mengorbankan 3 orang kanak2 (adik beradik). Jadi untuk langkah keselamatan pengunjung papan tanda amaran telah didirikan di sini supaya lebih berhati2.




Bukan main seronok anak2 & hubby bermandi manda. Aku bagi peluang anak2 mandi manda dulu sementara tu aku ambil gambar dulu puas2.. hehe.. Lepas tu aku pun turut sama keceborrrrrr dalam air.. jadi no more gambar sebab aku pun dah tak sabar nak berendam.. Bila dah masuk air dah malas nak pegang handphone... buatnya jatuh dalam air tu... nangis tak berlagu ler aku..




Sebagai kenangan walaupun gambar kelabu asap... letak jugalah gambar aku dengan Fazzarina ni kat sini.. Sempat kami singgah utk melawat baby QQ & Rinna yang masih dalam pantang waktu ni. Tahniah Rinna utk kelahiran baby ke 3 ni & terima kasih untuk layanan mu walaupun dalam pantang.. sempat juga jamu kami yang datang dari jauh tu.. Lepas ni Rinna akan berpindah ke rumah barunya (rumah sendiri) yang bakal siap tak lama lagi.. nnt bolehlah tengok rumah baru Rinna pula..

Ok that's all cerita untuk hari ini... next time will be more new story... insyaAllah..

Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net