Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Mar-2013 05:11 Email | Share | Bookmark
Sukaneka kali ke 52 S.K Assunta 2 (2012)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum...

Buat kesekian kalinya aku merajinkan diri mengupdate entry untuk hari ini. Dan buat kesekian kalinya juga ibu abadikan gambar2 sukaneka di sekolah kakak Dini pada tahun lepas iaitu tahun terakhir kakak Dini bersekolah di situ. Nampaknya.. lepas ni no more gambar2 sukaneka dari Sekolah Assunta II sebab sekarang kakak Dini dah pun masuk tingkatan satu di salah sebuah sekolah menengah agama (berasrama) di Pahang. Abang Haziq pulak tak bersekolah di Assunta sebab sekolah tersebut hanya untuk murid2 perempuan sahaja... hehe. Adik Alin pula.. lagi 3 tahun baru masuk tahun 1... masih panjang lagi masanya tu.. belum pasti lagi nak hantar di sekolah mana... just wait & see... hehe..

Oklah bercerita pasal adik Alin... syukur alhamdulillah dia telah pun sihat dari demam & kini sudah pun berselera makan. Genap 7 hari Alin tak sihat.. dengan demamnya, dengan sakit badannya, dengan tak selera makan & sentiasa mengadu sakit perut & kerap juga muntah2. Dah pun berjumpa dengan 3 orang doktor... Sekarang.. dia cuma mengadu sakit2 badan... mungkin sendi2nya masih sakit & badan masih lenguh2.. biasalah kan.. kita orang dewasa pun macam tu juga.. waktu demam & lepas demam mesti badan rasa lenguh2... Apa2pun.. syukur sangat2 kepada Allah s.w.t kerana telah makbulkan doa2 ku... kalau masih berterusan.. kami dah bercadang akan bawa Alin sekali lagi ke PPUM di bahagian trauma pula pada hari Sabtu baru2 ni untuk pemeriksaan lanjut. Tak sempat di bawa.. pagi Sabtu tu.. Alin dah minta makan.. alhamdulillah..

Oklah layan gambar yang tak seberapa ni.. Sukaneka S.K Assunta II kali ni berlangsung pada hari Sabtu 30 Jun 2012. Buat pertama kali diadakan di Padang Sekolah Menengah Assunta kerana pada hari yang sama S.K. Assunta I juga mengadakan sukaneka (sekolah tersebut berkongsi bilik darjah & padang sekolah di mana S.K Assunta II bersekolah petang & S.K. Assunta I bersekolah pagi dengan bergilir2 setiap tahun). Jadi bila sukaneka diadakan pada hari yang sama.. maka terpaksalah S.K. Assunta II pinjam padang sekolah menengah pula. Besar betul padang sekolah menengah ni... biasa nampak khemah & budak2 buat persembahan atau sukaneka dari dekat je.. kali ni jarak pemandangan agak jauh gitu... Dah la kamera 'canggih' bebenor.. jadi tengok jelah gambar2 yang tak semenggah ni yer... hehe...



Rumah sukan masing2 yang hanya mampu diambil gambar dari kejauhan. Tak larat nak ambik gambar dari jarak dekat... malas nak menapak.. hehe...




Macam biasalah.. acara pasti dimulakan dengan acara perbarisan. Kali ni kakak Dini dah malas nak masuk acara perbarisan.. tapi hanya daftar diri sebagai Quarter Master iaitu murid2 yang tolong siapkan peralatan semasa acara sukan dijalankan.




Perbarisan diteruskan dan peserta ambil tempat masing2 sebelum ikrar dibacakan...




Ikrar dibacakan & selepas tu... persembahan tari dalam lagu dimulakan.. aku selalu lupa apa yang patut dipanggil untuk acara ni.. hehehe.. memandai jelah aku panggil tari dalam lagu sebab murid2 ni semua menari2 buat persembahan ikut rentak lagu2 rancak yang dimainkan.. hehe.. ini juga salah satu acara yang ditunggu2 sebenarnya... ralit tengok dorang buat persembahan sebelum persembahan dari pasukan sorak tu.. Ini kali terakhir la dpt tengok murid2 buat persembahan gini sebab now kakak Dini dah bersekolah di asrama... sekolah agama plak tu... sah-sah la takde buat macam ni kot.. lebih2 lagi acara pasukan sorak yang pakai seksi meksi tu.. hihi...




Okey... tiba giliran pasukan sorak buat persembahan..






Hanya gambar2 3 pasukan je yang sempat ambik gambar iaitu Claire, Francis & Hermine... manakala pasukan Assunta (merah) tak sempat nak ambik gambar sebab masa tu si Haziq sibuk ajak gi mana tah... lupa dah.. gi toilet ke gi makan.. masa pegi ni memang tak bawak adik Alin sebab takut dia bosan.. dah la masa ni kereta tak berapa sihat... bimbang juga kot kereta buat hal.. ada budak2 kecik ni payah sikit.. so hanya pegi dengan kakak & Haziq je...




Padang sedang disiapkan untuk acara sukan.. tak ambik pun gambar murid2 bersukan sebab jauh sangat.. tak tau apa benda yang dorang mainkan... sayup sayup je... lagipun bateri hp pun dah nak kong dah masa ni..





Ini pula macam biasa.. selingan selepas sukan selesai iaitu sebelum acara penyampaian hadiah...




Antara gambar2 semasa kakak Dini masuk acara tarik tali. Ada gambar yang ditag oleh kawan2 kakak Dini kat FB sebab masa ni bateri kamera handphone aku dah habis sepenuhnya & memang tak boleh ambik gambar. Pasukan kakak Dini juara... hehe.. tahun 2012 kakak dapat 2 medal iaitu johan acara tarik tali & naib johan acara lontar peluru... tu jelah acara yang paling sesuai utk kakak nampaknya selain bola jaring... nampaknya memang pewaris ibunya jugak..


Oklah.. itu saja cerita kali ini..

Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Sekian dulu kisah untuk kali ni... ada kesempatan akan dikongsikan lagi cerita2 kami yang lain pula... Terima kasih semua...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net