Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Jun-2013 03:39 Email | Share | Bookmark
Jalan2 K.Terengganu 2012 (Part2)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum & salam sayang buat semua...

Sekarang dah pun masuk bulan Sya'ban kan.. cepat betul masa berlalu.. Umur pun dah semakin meningkat tanpa disedari.. anak2 dah semakin membesar. Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan... Nampaknya tahun ni anak dara ku berpuasa di rantau orang. Nak buat macamana adat orang nak menuntut ilmu macam tu lah kan. Semoga kakak jangan sedih2 tak dapat berpuasa dengan ayah & ibu. Sebabnya.. bukan kakak sorang je macam tu.. kawan2 yang lain pun sama juga. Apapun sama2lah kita berdoa semoga dipanjangkan umur semoga kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini & semoga kita dapat memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia itu nanti.

Oklah jom nak sambung Jalan-jalan ke Kuala Terengganu tempohari. Kemain lama gambar2 ni tersimpan. Bila dah banyak sangat snap gambar mulalah rasa malas nak mengedit & update. Tu yang pelik.. snap gambar rajin tapi nak mulakan mengedit tu sikit punya malas.. Ni pun paksa2 mengedit sikit-sikit & alhamdulillah dapatlah kongsikan kat sini buat kenangan kami sekeluarga di masa hadapan. Sayang nak buang macam tu je gambar2 ni walaupun hanya ambil dari handphone. Sebab setiap gambar tu ada kenangannya yang tersendiri. Nak dicuci & simpan ke album zaman sekarang ni dah jarang dah dibuat kecualilah kalau gambar ambil dari kamera canggih tu kan. Gambar yang kurang kualiti gini aku simpan jelah dalam album digital ni buat tatapan anak cucu cicit ku nanti... hehehe...

Sebenarnya.. tempat yang kerap kami sewa tiap kali ke KT ialah di homestay Angsana gambar kat bawah ni. Homestay ni letaknya bersebelahan dengan Batu Buruk Beach Resort tu je... iaitu di belakang kedai makan sejajar dengan Pantai Batu Buruk... tu Gambar dari kejauhan Pantai Batu Buruk aku ambil dari halaman homestay tu. Homestay ni luas & ada banyak bilik tak silap ada 5 bilik atau lebih dah lupa plak sebab dah lama sangat.. hehe..... Kalau datang 3, 4 buah kereta pun masih boleh muat. Selesa sangat. Sebahagian bilik ada aircond & yang lain2 ada kipas disediakan. Bilik air ada 2.. hall pun luas, bahagian dapur luas kalau nak masak pun boleh... tapi kena bawak tong gas sendiri ye... periuk tak perasan plak ada ke tak.. sebab kitorang cuma masak air je guna jug heater tu untuk buat air teh o.... memang selesa sangat2 & harga pun tak begitu mahal. Kat bahagian luar ada tempat untuk bbq disediakan tapi kitorang tak pernah pun bbq takde masa. Tu kat bawah tu gambar kitorang makan malam kat restoren tak jauh dari homestay tu... jalan kaki je nak ke restoren tu.. tengok tu mcm2 memek muka anak2 yg boring tunggu makanan tiba.. Ni sebenarnya kami ke KT hari lain tak sama dengan yang episod 1 tu tau.. memang kerap kitorang ke KT tahun lepas.. ha.. jgn tak caya..





Malam tu masing2 makan nasi goreng pastu order lauk tambahan sup tulang, tomyam & somtam... yumyum... Nasi goreng yang warna pink tu nasi goreng Thai... alahaiii... nasinya ngapalah terasa manis.. sampaikan Alin pun taknak makan.. Pada hematku.. kemungkinan manis tu datang dari sos cili thai kot.. tak pun.. memang tukang masak ada letak gula.. hehehe... Sebenarnya ini bukan pertama kali terkena nasi goreng terasa manis (bukanlah manis leting.. tp mmg terasalah manis bila kita mkn tu).. ada satu kedai tu en. abang plak yang terkena nasi gorengnya terasa manis. Agaknya.. dorang goreng ada letak gula kot... dah la hubby tu lidahnya sensitif.. walau letak gula secubit pun dia boleh rasa.. hehehe... pastu 2nd time singgah kedai tu.. hubby pesan siap2 nasi goreng jangan letak gula ye... hehe...





Kat bawah tu pulak homestay lain plak tp terlupa namanya.. Yang ni pun kitorang datang hari yang lain juga (sebab tu pelakon2nya tak sama setiap gambar.. perasan tak? hihi). Memang tahun lepas boleh dikatakan beberapa kali juga 'melancong' ke KT ni... tiba2 je macam orang kaya plak asyik jalan2 je.. hehe.. masa ni sebenarnya kitorang dah booking siap2 kat tuan punya homestay Angsana tu nak sewa untuk malam tu.. Tapi hari tu kitorang bertolak lewat sebab ada beberapa hal yang nak diuruskan dulu. Jadi sampai ke KT ngam2 maghrib. Bila kami sampai tengok2 homestay tu cerah lampu terpasang & ada 2 buah kereta parking kat situ.. Alamakkk!! dah ada penghuni ke? Terus la kami call tuan punya homestay dan beritahu yang kami dah sampai (biasanya kami call untuk ambil kunci). Pastu tuan homestay mintak maaf sebab dia dah sewakan kat orang lain.. Sangkanya kami tak jadi datang. Hok aloh... kesiannya kat kitorang.. datang jauh2 tp homestay dah ada orang lain masuk pulak. Mungkin silap kami juga sebab tak telefon bagitau kami lewat sikit. Berkali2 tuan homestay tu mintak maaf.. & dia bagi nombor telefon kawannya & nasib baiklah homestay kawan dia kosong. Yang gambar kat bawah tu lah homestay kawan dia yang kami sewa malam tu. Tapi harganya mahal seratus berbanding dengan homestay Angsana tu. Apa nak buat.. sewa jelah daripada kena tidor dalam kereta kan.. huhuhu...Homestay kat bawah tu memang cantik hiasan dalamannya berbanding dengan Angsana.. tapi kalau nak ikut keselesaan kami lebih selesa di Angsana. Sebab tu tiap kali ke KT kami suka sewa di Angsana.

Ni kami bergambar sebelum keluar jalan2 keesokkannya..




Homestay ni biliknya pun banyak juga.. TAPIIII.. yang kurang best banyak tilam dorang tak best. Jenis tilam yang tenggelam bila tidor.. hehehe.. sebab tu aku kata homestaynya cantik hiasan dalaman tapi kurang selesa terutama tilamnya tu.. sakit pinggang dibuatnya tidor atas tilam yang tenggelam.. ma terpaksa bentang comforter atas lantai je sebab tak best tidor atas tilam.. hehe.. Oh ya.. homestay ni takde dapur.. takde ruang singki.. so kalau nak cuci2 apa2.. kena cuci kat sinki cuci tangan yang kecik tu je..





Pagi tu kitorang ronda2 kat Payang Walk ni (betul ke eh?) Cadangnya nak naik penambang. Saja aku nak merasa sebab belum pernah naik penambang. Ma kata kalau nak sewa penambang untuk menyusur sungai pun boleh... cuma RM40 je untuk satu bot/penambang. Tapi ni penambang tradisional la ye... bukannya bot yang canggih2 atau bot mewah tu.. heheee..





Sesambil tunggu bot penambang sampai.. lepak2 dulu kat sini...





Cuaca panas betul hari tu... lebih2 kat tepi laut macam tu..





Masing2 teruja bila bot penambang sampai. Aku? Teruja pun ye.. berdebar2 pun ye juga.. hehe.. Penambang kat sini ada 2 kalau tak silap aku la.. satu ke Pulau Duyong & satu lagi ke Seberang Takir. Kami naik penambang ke Seberang Takir dengan tambang RM1 bagi dewasa. Budak2 50 sen je kalau tak silap.. ingat2 lupalah. Masa ni ada juga penumpang2 yang lain yang kebanyakkannya baru balik dari Pasar Payang untuk membeli keperluan masing2. Kitorang ni umpama pelancong tempatan la... hahaha... naik penambang pun jakun... maklumla tak pernah rasa..





Anak2 pun sama teruja... memang seronoklaa kan sebab pengalaman pertama dorang... Tengok tu... masing2 muka teruja dapat naik bot.. hehehe...tapi tak puas sebab sekejap je rasanya...





Anak2 dah buat bot penambang ni macam dia yang punya... suka2 hati dia je nak duduk kat mana2..





Tengok.... dah sampai pun ke jeti Seberang Takir... destinasi kami yang tak tau nak kemana.. hehe.. yelah bukan ada sedara pun kat situ.. saja je nak merasa naik bot. Nak tau apa kami buat di Seberang Takir?? Ikuti sambungan Jalan2 ke Terengganu episod seterusnya ya... heheee... Nak masukkan semua gambar banyak sangat takut nanti lambat pula nak download... Ok hingga jumpa lagi dilain siaran ye...



Terima kasih sudi berkunjung ke sini...

Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net