Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Jun-2013 04:59 Email | Share | Bookmark
Jalan2 K.Terengganu 2012 (Part3 ~ Last Part)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum.....

Merajinkan diri untuk habiskan entry jalan2 Terengganu ni. Okay.. ini kesinambungan episod yang lalu ye... ni part yang terakhir dah ni ye... lepas ni update cerita lain plak..

Inilah aktiviti kami di Seberang Takir. Sampai je kat jeti tu.. bertanya2 kat orang kampong kat mana boleh beli keropok lekor. Saja nak beli kat situ.. fresh baru keluar dari periuk gitu.. kat pasar pun ada.. tp dah alang2 datang sini.. belilah sikit.. selain tu beli juga keropok keping (gambar di part 1 aritu) & belacan. Dah itu je yang berkenan.. ikan bilis pun ada.. tapi nampak macam kurang cantik so tak beli la.. Lepas masing2 dah beli apa yang dihajati.. kitorang pun bergerak semula ke jeti. Sebelum sampai ke jeti.. singgah dulu di kedai kopi berhampiran jeti untuk basahkan tekak. Sebenarnya perut belum terasa lapar sebab pagi2 sebelum keluar.. dah sarapan nasi lemak & bihun goreng yang en. hubby beli dari gerai... dia dah terer dah sikit2 jalan kat situ sebab dah kerap sangat dtg KT.. hehe.. Tapi walau perut masih kenyang.. jamah2 jugalah makan sikit2 sebab tekak teringin bila dah nampak makanan yg sedap2. Ada yang order nasi dagang, keropok lekor rebus pastu sempat gak merasa roti paung inti kaya homemade. Terlupa plak nak ambik gambar roti paung tu..





Bila masing2 dah hilang dahaga dengan budak2 ni paw lagi air botol & gula2... kami terus ke jeti untuk tunggu penambang. Snap2 gambar dulu sementara bot penambang sampai. Dari jeti ni kami nak sewa sebuah bot khas untuk kami sekeluarga. Hanya bayar tambang RM40 je untuk menyusuri sungai Kuala Terengganu.. perjalanan mengambil masa hampir 1 jam juga. Kami akan dibawa menyusuri sungai sehingga ke Pulau Wan Man untuk melihat Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal dari dalam bot... haa... lepas ni barulah puas naik bot kan... yang tadi tu sekejap sangat...





Ada beberapa bot sebelum tu.. tapi oleh kerana ada penumpang lain yang nak ke bandar kami kena bagi laluan untuk mereka dulu. Kena tunggu hingga betul2 takde penumpang barulah kami dibenarkan untuk sewa khas. Sekarang bot dah sampai.. & kami dapat bot yang sama dengan bot masa mula2 kami datang tadi.. hehe... Tapi naik bot ni.. takdelah pemandu pelancong yang nak menerangkan itu ini.. pandai2 sendirilah tengok apa yang ada sambil2 berborak sesama sendiri.. hihi..





Tengok tu.. penumpang lain dah takde jadi bolehla dok sesuka hati.. haha... tadi ambik gambar pun sipi2 je kot ternampak penumpang lain.. malu pun ye jugak... sekarang barulah jurufoto boleh ambik gambar betul2.. haha..





Masa kami ke KT hari tu.. dalam beberapa hari lagi akan berlangsung pertandingan bot berhias. Jadi sepanjang kami menyusuri sungai tu.. dapatlah tengok beberapa bot yang masih dalam proses dihias oleh mereka yang bertanggung jawap. Tapi aku hanya sempat snap sebuah je bot yang sedang dihias... bot yang dihias dengan kubah masjid Bot2 yang lain tu bukan taknak snap.. tapi jarak kami terlalu jauh... kalau guna kamera canggih memang selamatla jadi mangsa aku.. ngeh ngehh... Rupanya seronok juga dapat meronda dengan bot penambang ni... dapat tengok pelbagai aktiviti orang kampong kat tepi sungai tu yang tak pernah terfikir sebelum ni maklumlah hidup di tengah kota dengan hiruk pikuk kereta & kesesakan jalan raya. Bila sesekali dapat hirup udara nyaman & suasana kampong tepi sungai memang mengasyikkan. Sesekali teruja bila nampak ada bot2 besar atau bot2 nelayan yang tersadai tepi sungai tu... satu suasana yang lain dari kebiasaan bagi kami.. Ada juga ternampak beberapa orang yang sedang memancing dalam perahu kat tepi sungai di sebelah kiri kami.. dataran belah kiri tu takde kampong tp hanya pokok2 paya bakau.. mesti ada banyak ikan kat situ kan...





Dalam perjalanan tu.. bot kami bertembong dengan beberapa bot dari Taman Tamadun Islam River Cruise... wahhh.. mesti syok kan naik cruise tu... tapi tak kisahlah.. naik bot penambang pun syok juga.. bayar pun tak mahal sangat.. berbaloi satu bot hanya RM40 hahaha...




Dari kejauhan dah nampak dah Taman Tamadun Islam... tapi dapat tengok dari jauh jelah.. jadilah kan.. kalau masuk situ pun org kata luas sangat dalam tu.. letih kaki nak berjalan.. tambah ada budak2 kecik tu memang tak sesuaila..





Yang ditunggu2 dah semakin hampir dengan kami.... dah lama teringin sangat nak tengok Masjid Kristal... Akhirnya... berada di depan mata... berkilau2 dari kejauhan...





Dah semakin hampir... memang cantik sangat senibinanya... tapi sayangnya kami tak dapat nak masuk.. takperlah lain kali ada masa boleh pegi lagi.. insyaAllah...





Kat sini pun cantik juga... ada pokok2 lampu macam kat I-City Shah Alam.. ni kalau malam sure meriah kan.. Tak tau apa nama tempat tu...





Dah yang terakhir... inilah dia anak saudara baru ku... Kami panggil dia Mulan.. nama betul dah terlupa.. hahaha.. apa punya mak sedara nama anak sedara pun boleh lupa.. hihi...


Okaylah... nampaknya itu sajalah kisah kami di KT.... nanti kalau rajin2 ku update lagi xtvt kami yang lain pula.. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini...


Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi terbaru dari MaDiHaA silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net