Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Jun-2013 03:38 Email | Share | Bookmark
Wedding Nani & Wari di Maran, Pahang (rumah pengantin perempuan)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua....

Merajinkan diri edit & update gambar2 yang masih bersusun dalam folder tu... entah bilalah berjaya dimasukkan kesemuanya di sini. Inilah akibatnya suka simpan2 & tangguh2 kerja. Takperlah kan.. biarkan lambat asalkan semua kenangan tersimpan rapi di FP kesayangan ku ini...

Kali ni update gambar kenangan semasa kami menghantar sepupu en. suami yang bertemu jodoh dengan orang Maran, Pahang. Takdelah jauh sangat.. Raub & Maran tu kan... Pertama kali juga kami jejakkan kaki ke Maran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Majlis Wari & Nani ini berlangsung pada 30hb Ogos 2012. Masa ni Nani masih lagi berkursus di Sarawak.. balik cuti beberapa hari je masa hari perkahwinannya pastu terbang semula ke Sarawak. Eh! masa terbang balik Sarawak tu.. suaminya Wari hantarkan sekali.. kira bulan madu ke Sarawak gitu Alhamdulillah.. 10hb Jun 2013 baru2 ni Nani dah berjaya menamatkan kursusnya di Sarawak & telah kembali ke pangkuan suaminya yang tersayang. Barulah boleh menikmati kemanisan hidup berumahtangga yang sebenarnya kan.. hehe.. Kalau dulu balik cuti sekejap2 je... sabar jelah kan.. Jangan marah ye Nani & Wari.. kakngah ngusik awak je.. hehe..

Layan gambar ye...




Acara akad nikah diadakan di masjid berhampiran je dengan rumah pengantin. Pengantin perempuan ni anak kepada guru besar SK Ulu Luit.. Rumahnya pun berdepan je dengan sekolah tu..




Dah selamat dah.. maka sahla mereka menjadi suami & isteri...




Bergambar kenangan.. lepas selesai acara akad nikah.. kami dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera atau makan malam.. gambar tak ambil sebab suasana suram maklumlah malam kan.. dengan berbekalkan kamera hp ni.. lupakan saja niat nak ambik gambar... hihi..




Masa ni pagi keesokkannya.. sempat aku snap gambar hantaran dari pihak lelaki sambil2 menunggu giliran masuk bilik air.. maklumlah ramai kan.. hihi... Hantaran ni bukan hasil air tangan ku tau.. hehe.. tumpang ambik gambar je..




Kanak2 ribena... yang perempuan berbaju kurung tu anak2 saudara pengantin lelaki.. yang bujang tengah2 sorang tu anak kepada sepupu en. suami juga tu... kitorang berkonvoi ke Maran tak silap dalam 7 biji kereta kot (dah lupa plak sbb dah lama sgt).. Pihak perempuan dah siapkan 2 buah rumah persinggahan untuk kami semua...




Esoknya tu barulah majlis besarnya.. masih ada 2, 3 kereta keluarga kami yang bertolak dtg ke Maran pagi tu.. termasuk kakak & adik en. suami ku.. hehe.. dorang malas nak tidor kat Marah, so pagi2 dorang bertolak dari Raub.. alhamdulillah berjumpa kat rumah kenduri tu.. senang je nak cari rumah pengantin perempuan sebab kat tepi jalan besar je.. jumpa sekolah.. jumpalah rumahnya..

Bagi peluang kat anak2 dara je pegang hantaran... Tu kakak Dini dengan sepupunya Hanim (anak kakak en. suami) & gambar kat bawah tu.. rasanya pertama kali aku bergambar dengan adik beradik perempuan en. suami.. hehehehe... Sebelah aku tu.. adik en. suami yg nombor 4, sebelahnya kakak sulung en. suami yang sama sebaya umurnya dengan aku.. & yang tepi sekali adik en. suami no. 3.. manakala en. suami ku anak no. 2. Lagi 4 adik2 suami yang lain semuanya lelaki....




Menunggu ketibaan pengantin perempuan... ehh.. silap! Mula2 pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki.. bila kami dah sampai.. pengantin perempuan datang menyambut kedatangan suaminya la.. ehehee...




Maniskan warna pilihan baju pengantin.. suka pulak tengok warna biru tu...




Hantaran pun serba biru.. Pengantin dengan kedua2 ibu & mertua masing2...




Acara wajib bergambar bersama famili...





Makan beradap.. sebelum tu.. sebenarnya aku dah berbaris dah nak ambil nasi kat khemah tetamu biasa... memang kena berbaris sebab tetamunya ramai sungguh! Yelah.. guru besarlah katakan.. mestilah ramai yg kenal kan. Masa tengah berbaris tu kena cuit dengan kakak pengantin lelaki ajak penuhkan meja makan beradap.. alahaiii... sebenarnya aku dah terliur tengok sayur lemak umbut kelapa kat situ... heheee... takut kat meja pengantin takde hidang sayur lemak umbut tu.. hehe.. maklumlah kan.. biasanya kat meja pengantin ada lauk yang dimasak khas... hmm.. nasib baiklah ada juga lauk yang aku idam2kan tu.. aku ingat kalau takde.. nak aje aku mintak semangkuk dibawa ke meja mkn beradap tu.. kihkihkih... buruk benor perangai..




Makan kenyang2 ye semua... alhamdulillah dpt layanan first class dari keluarga pihak pengantin perempuan...




Sebelum kami semua balik meninggalkan pengantin baru.. sempatlah bergambar buat kenangan.. sebelum tu sempat juga bergambar dengan keluarga maklong en. suami yang tinggal kat Kuantan sebelum berpisah...


Ok itu sahaja gambar2nya........... till we meet again... but... don't know when.. hehe..
Lepas ni dengan gambar2 kenduri di sebelah rumah pengantin lelaki pula ye...


Terima kasih atas kunjungan kalian semua...

Macam biasa.. sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi2 terkini ye.. nak order kuih pun boleh.. MaDiHaA ada juga terima tempahan sambil-sambilan.. hehe.. (siap promote plak ye..)



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net