Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Aug-2013 04:18 Email | Share | Bookmark
Konsert & Konvo Tadika Sinar Merah 2012

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum & salam sejahtera...


Kali ni MaDiHaA nak simpan gambar2 sekitar konsert, konvokesyen & penyampaian hadiah Tadika Sinar Merah semasa Haziq tadika tahun lepas (2012). Pertama kali MaDiHaA tengok konsert sebegini. Dulu masa kakak Dini tadika.. takde konsert2 atau sukaneka bagai.. maklumlah.. tak mampu nak hantar tadika yang bayar mahal2 ni. Masa kakak Dini dulu.. 2 tahun bersekolah di Tadika Islam yang sama.. hujung tahun hanya ada sessi bergambar dengan jubah konvo tu je.. hehe.. Haziq 5 tahun pun MaDiHaA hantar dia ke tadika yang sama dengan kakaknya dulu. Alhamdulillah.. rezeki Haziq masa umur 6 tahun.. baru ibu & ayah mampu hantar ke tadika Sinar Merah pula.. merasalah tengok konsert & konvo persembahan murid2 tadika dari umur 3 tahun hingga 6 tahun. Seronok tengok keletah anak2 buat persembahan. Tak kekok.. petah bila bercakap di khalayak.. & buat persembahan pun memang menjadi.. Tahniah pada guru2 yang telah menjayakan konsert & konvo ni.

Haziq ni kata cikgunya pemalu sangat. Suruh masuk tarian taknak. Jadi Haziq hanya ambil bahagian dalam nyanyian nasyid yang hanya memerlukan pergerakan yang minima. Selain tu Haziq juga ambil bahagian dalam lakonan yang memegang watak sebagai pemburu. Kisah semut yang menyelamatkan burung dari ditembak pemburu.. hehehe... pandai juga anak ibu berlakon disamping 3 anak dara.. heheh..

Gambar2 yang aku ambil ni memang banyak yang tak jelas. Memang dah sedia maklum la kan.. ambil gambar bergerak guna handphone... faham2 sajalah hasilnya.. hehe.. Sebenarnya kami ada beli cd konsert ni dari guru tadika.. jadi bila rindu2 tu.. bolehlah tengok kan. Update kat sini hanya sebagai kenangan kat sini.

Jom kita tengok gambar2 konsert yang mengenengahkan konsep 1 Malaysia ni.. semua jenis lagu & tarian pun ada dari lagu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil & Hindi.. memang satu Malaysialah!


Semua ibu bapa berdiri semasa lagu NegaraKu berkumandang...




Gambar yang atas sekali tu.. murid2 mengucapkan selamat datang kepada ibu bapa & memperkenalkan diri mereka dalam 5 bahasa.. (1 murid satu bahasa bermula dari bahasa Malaysia, Inggeris, Hindi, Mandarin & Tamil). Kemudian diikuti oleh nyanyian nasyid dari murid2.. segak abang Haziq & kawan2nya berbaju melayu..murid perempuan pulak berbaju kurung & bertudung.. semua comel2.. heee..




Lupa dah apa nama lagu nasyid ni... alahaii... nampak sangatlah dah tua.. hehe..




Yang ni.. layan tarian dari anak2 yang comel.. yang comel & montel berskirt ala2 hawai girl tu.. baru umur 3 tahun.. tapi cerdik sangat.. petah berbahasa Inggeris bila dia perkenalkan diri.. maklumla anak cikgu tadika kat situ juga.. menari pun kemain lagi ha.. hehe.. Sebenarnya gambar2 tu.. MaDiHaA dah campur2kan.. ada 2 persembahan kat atas tu..












Tiba giliran abang Haziq berlakon plak.. hehe... tp masa berlakon tu tak ambik gambar sebab MaDiHaA sibuk dok ambik video.. hehe.. yang ambik gambar sebelum berlakon & selesai berlakon masa diaorang nyanyi lagu sahabat upin ipin..








Masa anak2 berjubah ni dibawa masuk ke dewan dari pintu depan.... siap berkompang & berbunga telur bagai.. meriah.. sementara nama masing2 dipanggil.. duduk dulu kat kerusi ni.. dapatlah ibu ambik gambar dari dekat.. adik Alin pun tumpang sekaki.. hehe..




Selesai sudah acara yang dinanti2kan.. last sekali semua murid2 nyanyi lagi I'm 4U.. ehh.. betul ke nama lagu tu ek? Bukannya tau sangat.. hehe.. kalau salah mohon maaf ye..

Sebenarnya.. ada juga persembahan lain yang aku tak ambik gambar.. masa dok sibuk bawak Alin pegi toilet.. tertinggal ler.. pastu gambar masa tetamu VIP berucap pun tak ambik gambar gak. Panjang lebor berucap.. tetamu naik ngantuk dibuatnya. Yang boringnya bila berucap tu.. ada sikit2 berbaur politik.. haii.. jadi langsung tak minat nak dengar.. ada ke patut.. disuruh merasmikan acara konsert & konvo tu.. dia ambik kesempatan pulak nak berkempen.. tak kena langsung..


Sebelum beredar.. ambil gambar kenangan depan pentas. Masa ni kakak Dini ada.. ayahnya pun ada juga (tapi takde gambar ayah & ibu.. hehe).. ambik gambar kenangan dorang 3 beradik je. Tapi yang frustnya.. terlupa nak ambik gambar abang Haziq berbaju melayu masa baru sampai tu... kelam kabut masa tu membetulkan sampin dia yang tak berapa betul.. huhu.. sorry abang...

Oklah.. itu saja cerita utk kali ni.. ada masa nanti MaDiHaA update lagi ye..

Macam biasa.. sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi2 terkini ye..



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net