Want your
own Fotopage?








 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 27-Sep-2012 01:22 Email | Share | | Bookmark
Sepetang di Pantai Chedok, Rompin, Pahang

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum...

Lagi kisah yang dah lama terperam.. Sempena negeri Selangor bercuti pada hari keputeraan Sultan Selangor pada 11 & 12hb Disember 2011 akhir tahun lalu.. kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk pulang ke kampong ku di Keratong, Pahang menemui bonda tercinta. Di samping itu.. kami juga ambil kesempatan untuk pergi ke Rompin, Pahang melawat tanah pusaka arwah ayah berhampiran Pantai Chedok serta menguruskan hal2 yang berkaitan... Alhamdulillah segalanya dipermudahkan... Amin..

Sempatlah juga aku mengambil beberapa gambar sebagai kenang2an ketika meninjau2 tanah pusaka arwah ayah. Tatkala meninjau2 kawasan persekitaran disitu.. nostalgia lama bermain2 kembali di mataku... segalanya manis bagi aku yang ketika itu baru berusia kira2 4 atau 5 tahun.. tapi bagi arwah ayah & ma pula ketika itu.. hidup di sini penuh ranjau & onak.. amat sukar ketika itu... umpama kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang... Syukur alhamdulillah.. segalanya telah berubah kini.. nasib seseorang tidak akan berubah seandainya dirinya sendiri tidak mahu berubah atau berhijrah ke arah yang lebih baik...

Jom aku kongsikan gambar2 yang sempat disnap (walaupun hanya snap dengan handphone...hee).. nostalgia terimbau kembali tatkala aku menjejakkan kaki semula ke sini setelah 36 tahun aku meninggalkan tempat ini...


Nekad berkereta meredah tepian pantai untuk ke destinasi... menurut ma pantai di sini pasirnya tak seperti pantai di Terengganu atau lain2 pantai.. insyaAllah tayar kereta takkan tenggelam maupun terbenam dalam pasir kerana pasir di sini jenis padat... cuma harus di ingat lepas pulang nanti hantar cuci & sembur bawah kereta kerana takut berkarat sebab dah merecik air masin.. hehe..
Kereta ma dah mendahului... kami lambat sikit sebab masih takut2 nak jalan atas pasir yang berair tu.. hehe.. Dulu2 pantai inilah tempat kami berjalan2 ambil angin petang sekiranya arwah ayah tidak sibuk di kebun...
Meninjau2 tanah pusaka arwah ayah... sana sini hanya semak samun yang memenuhi... maklumlah takde siapa yang mengusahakan tanah ni.. jadi terbiar macam tu saja walaupun tiap2 tahun hasil tanah di bayar..
Pokok mengkuang tak asing lagi bagi tanah yang berpasir...
pokok ini pun banyak kenangan bagi aku.. dulu2 ma pernah mengayam tikar yang diperbuat dari mengkuang... sangat2 nostalgia.. daun mengkuang yang sudah diraut & dicelup pewarna berjemuran di tali ampaian.. baunya harum bila kita lalu tepi jemuran..



Tumpang bergambar dengan perahu milik orang yang ditinggalkan di tepi pantai..
anak2 seronok naik perahu walaupun atas darat.. hehe.. Perahu fiberglass ini memang khas untuk dibawa ke laut.. kalau untuk digunakan di sungai muncung perahu tidak tajam seperti dalam gambar ni... itulah bezanya.. (ehh! betul ke ni? confident aje aku dok bagi fakta... kena tanya pakcik P.I. untuk kepastian.. heee)



Di belakang aku & hubby ada dua buah pulau kecil.. Kalau tak silap salah satunya dinamakan Pulau Locong. Di Pantai Chedok ni juga pernah berlangsungnya pertandingan memancing pada tahun 2010 dengan hadiah yang lumayan telah ditawarkan.. cuma mungkin tempat pertandingan memancing tu bukan sama lokasi dengan yang dalam gambar nilah sebab kat sini agak susah nak masuk sebab kebanyakannya adalah tanah persendirian.. dari jalan besar nak menuju ke pantai jalannya tak berapa elok.. hee...
Di tepi pantai ini 36 tahun yang lalu pernah kami (aku, ma & arwah ayah) mengutip bekas2 plastik (tumbler berpenutup) yang mempunyai leaflet di dalamnya yang hanyut & bergelimpangan di atas pantai.. bekas2 plastik tersebut dipercayai sengaja di hanyutkan dari kapal supaya orang di darat mengutipnya & mendapat info yang dikepilkan di dalamnya.. kalau tak silap aku.. bekas tu warna kuning & penutupnya warna oren.. aku tak ingat leaflet tu dari negara mana.. arwah ayah pernah bercerita tapi masa itu aku masih kecil...
Di tepi pantai ini juga suatu ketika dulu aku mengikut arwah ayah & ma mengutip kepah. Seronok sangat! Ma gunakan mata parang untuk menyucuk pasir bila ternampak 'mata' (kesan kepah tenggelamkan diri) atas permukaan pasir.. bila ada bunyi benda rapuh jer.. maknanya adalah kepah kat dalam pasir tu.. akulah orang yang paling happy sekali jadi tukang gali... hahaha.. hanya beberapa inci saja dalamnya dah jumpa kepah.. sedar tak sedar.. hampir penuh baldi kecik yang aku bawa penuh dengan kepah... aarhhh.... segalanya tinggal kenangan... kenangan manis dalam hidup ku walaupun ketika itu kami hidup susah....



Beredar beberapa meter dari tanah kami... terdapat chalet juga di sini.. tapi gambar chalet tak di ambil. Kami tumpang berehat sebentar kat kawasan berdekatan chalet sambil nikmati bekalan nasi kerabu & ubi rebus cicah sambal... Sebelah chalet dari kejauhan ternampak kebun sawit.. sebelah kebun sawit itulah tanah yang kami lawat tadi...




Sebelum pulang.. singgah pula ke Pantai Lanjut pekena otak2 udang & juga satar panas2... Di belakang kedai ini terdapat muara sungai & juga chalet The River Mouth Chalet... sangat sesuai untuk kaki pancing bermalam di situ... Aku pernah siarkan gambar2 masa kami bersantai2 kat Pantai Lanjut ni tak lama dulu.. leh klik SINI kalau nak tengok



Alang2 dah siarkan gambar2 di Rompin... tumpang sekali gambar masa aku, ma & adik2 semasa ke Rompin untuk menguruskan beberapa hal di Rompin... Sempat singgah pekena nasi berlauk udang galah & singgah beli cempedak & buah berangan kat situ...

Sekian dulu untuk kali ini... Terima kasih kerana tak jemu2 bertandang ke sini walaupun visitors tak dapat nak tinggalkan komen...hehe.. mungkin ada masalah teknikal sikit dengan FP buat masa ni.. kadang tu frust juga sebab aku sendiri pun tak dapat nak tinggalkan komen bila melawat FP kengkawan yang masih aktif seperti Kak Rusnah & Pakcik P.I...


Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


Tuesday, 25-Sep-2012 23:35 Email | Share | | Bookmark
Wedding...

 
 
 
View all 7 photos...
Assalamualaikum....

Banyak lagi gambar2 kahwin dalam simpanan rupanya... oleh kerana gambar2 ni ada sikit2 je.. jadi dirangkumkan sekali dalam satu entry........... Tapi maaflah tarikh2 wedding ni ada yang dah lupa... ada yang tahun lepas.. ada yang dalam tahun ni..

Perkahwinan Aisyah & Fazril (Cheras)

Pengantin perempuan Aisyah ni adalah anak tiri pada my kazen Marlida... comel kan? Ada iras2 dengan anak kembar Ida yang si kakak jugak ni.. yelah.. dah adik beradik mestilah ada iras kan.. dulu pernah masukkan gambar Aisyah masa dia masih anak dara lagi... leh klik SINI. Masa tu di kenduri kazen ku Bie.. now giliran Aisyah pulak jadi pengantin.. tahniah buat kedua2 mempelai... semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu hendaknya...



Gambar2 yang disnap oleh Along guna dslr... tu yg nampak beza sangat gambarnya kan... kalau gambar guna handphone faham2 sajalah kualitinya.. hehe...



Gambar2 ni semasa kami balik dari kenduri & singgah surau berdekatan utk solat asar.. sempat lagi bergambar kenangan beramai2.. hee...


Perkahwinan Diana & Ariff (PJ)

Diana ni officemate aku... bertemu jodoh dengan orang Klang... akak doakan Diana sentiasa berbahagia bersama suami tersayang...



Sempat juga snap gambar collegue lain yang sama2 hadir pada hari tu... gambar pengantin tak dapat nak snap sangat sebab anak2 buat perangai.. masa ni en. hubby tak dapat ikut sebab kerja.. bila ibu sorang je kena control anak2.. macam tu ler jadinya...


Perkahwinan Zharif & Shima (9hb Jun 2012 ~ Keratong)

Ini pula majlis perkahwinan anak jiran ma kat kampong. Zharif ni anak bongsu jiran sebelah rumah ma... sejak2 aku bermastautin di Selangor... dah jarang jumpa anak2 jiran... tau2 bila jumpa time dorang kawin.. hehehe... kalau dulu budak2 lagi now dah jadi suami orang & soon akan jadi ayah pula... tahniah Zharif... semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga... amin...



Dan terakhir gambar ma bersama2 kawan satu blok... biasalah kalau kat Felda memang ada blok masing2. Satu blok biasanya ada 24 buah rumah.. maksudnya 24 buah keluarga.. Satu blok diurus oleh seorang pegawai Felda.. gitulah serba sikit cerita pasal Felda. Kalau ikutkan masih tak lengkap makcik2 ni... ada yang takde dalam gambar layan tetamu, ada yang tak dpt datang sebab uzur & ada juga yang sudah meninggal dunia... pada yang dah tiada tu.. Al-Fatihah... Kadang2 rindu juga nak bersembang dengan makcik2 ni semua... sejak dari sekolah kenal dengan dorang.. dorang semua sangat akrab & bersatu... oklah.. sekian dulu utk entry hari ni ye...

Bertemu lagi di lain entry..



Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


Tuesday, 25-Sep-2012 00:33 Email | Share | | Bookmark
Kuala Pilah, N9 & Batu Malim, Raub, Pahang

 
 
 
View all 4 photos...
Assalamualaikum..

Hari ni saja nak share gambar2 yang dah lama di snap ni... kalau pulang ke kampong samada di kampong ku atau kampong suami... jika berkesempatan kami suka singgah/pegi ke sini untuk mencari buah atau produk kampong yang agak susah nak jumpa di bandar...

Jika balik ke kampong ku di Keratong.. jalan Kuala Pilah adalah jalan yang memang wajib kami lalui... jika kebetulan pulang waktu siang aku suka ajak hubby singgah di gerai2 buah yang agak banyak di sepanjang jalan Kuala Pilah yang mana banyak menjual hasil2 kampong spt telur itik biasa atau asin, kerepek2, lempuk, pisang salai & lain2 makanan, buah2an & bermacam2 lagi malahan... madu lebah & cencalok pun ada terjual kat sini


Ambil gambar ni pun hanya dari dalam kereta sebab masa singgah ni dak Alin tidor di riba... tak larat nak keluar... jadi hanya en. hubby & anak2 jelah yang keluar untuk beli apa2 yang patut... jadi tak dapat la nak snap gambar close up.. masa kami singgah ni musim buah ciku... banyak betul buah ciku bergantungan... buah pisang tu usah kiralah sebab itu memang buah sepanjang musim.. hehe...


Jika pulang ke kampong hubby pula di Raub jika kebetulan ada ekstra cuti hari Isnin.. dapatlah kami pergi ke pasar pagi di Batu Malim ni... nak pegi pasar ni nak kena betul2 pagi sebab pasar ni cepat tutupnya.. Biasa kat sini mak mertua suka membeli barang2 dapur je.. kami pula suka cari barang2 yang susah nak jumpa di bandar... hehe...


Masih ada kabus pagi semasa kami nak keluar rumah... masa ni Alin masih berputing lagi.. heeee.. punya lama gambar ni terperam..



Dah jumpa sayur yang berkenan di hati... si batang lambuk & cili padi kampong..



Sayur2 kampong kat sini memang murah2.. tapi kalau sayur2 biasa & lauk2 basah seperti ayam, ikan, udang atau sotong agak mahal sikit berbanding dengan di KL... terkejut juga dengar harga lauk2 basah kat sini... tapi nak buat macamana kan... mungkin kos pengendalian tu yang tinggi membuatkan penjual terpaksa letak harga tinggi... orang kat sini mungkin dah biasa dengan harga tu.. tapi kita yang biasa membeli di bandar ni agak terkejut la sikit. Waktu nak balik.. sempat snap papan tanda tu sebab ada nama kampong hubby kat situ

Okla... kali ni sekadar entry santai2 cuci2 mata je...

Sekian dulu... bertemu lagi di lain entry..



Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


Monday, 24-Sep-2012 10:30 Email | Share | | Bookmark
Birthday Kakak Dini 11 Tahun ~ 2011

 
 
 
Assalamualaikum...

23hb Ogos 2011 genap umur kakak Dini 11 tahun... Kebetulan pula tahun lepas tarikh tersebut jatuh dalam bulan Ramadhan bersamaan 23 Ramadhan 1432H... jadi kira sambut hari lahir dalam bulan puasa la... kek tu jadilah pencuci mulut waktu berbuka selain kurma & buah tembikai.. manakala ibu hanya goreng bihun kunyit untuk berbuka hari tu... al-maklum... tarikh tu sama dengan hari Selasa hari ibu bekerja.. mana sempat nak masak lebih2... jadilah.. untuk berbuka anak beranak aje... Gambar pun tak banyak.. tapi letak jugaklah sini sebagai kenangan...



Memang tak sempat nak mem'baking'... jadi kita beli kek di SR jelah... Choc Indulgence jadi pilihan kakak Dini...



Happy Birthday kakak Dini...! Semoga kakak jadi anak solehah, berjaya di dunia & akhirat... amin..




Sekian dulu... bertemu lagi di lain entry..

Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


Friday, 21-Sep-2012 09:52 Email | Share | | Bookmark
Father's Day & Birthday Ayah.. semuanya di Restoren Murni Sunway

 
 
 
View all 7 photos...
Assalamualaikum...

Hari ni update pasal makan-makan pulaklah.. Dah lama rasanya tak update pasal makan2. Bukan makan kat tempat yang grand2 pun... tempat biasa2 je.. tapi ini salah satu restoren favourites kami kalau nak makan kat luar.. Salah satu sebab kenapa Restoren Murni Sunway jadi pilihan sebabnya ia dekat dengan rumah & lagi satu makanan & minumannya sedap2 & yang paling penting, makanan kat restoren ni.. portion dia BESAR Tapi macam biasalah.. bila portion besar & sedap tu.. harga dia agak tinggi sikit ler kan... tinggi sikit je.. kalau tinggi banyak kami tak mampu pulak nak makan kat sini... Gambar2 ni sekadar kenangan buat kami sekeluarga saja.. tidak berniat pun nak menunjuk2...


Father's Day 2011

Sempena father's day tahun lepas, Ibu belanja ayah & anak2 makan kat sini.. Makanan semuanya pilihan masing2.. pilihan ayah ialah Nasi Goreng Napoleon & Honeydew Special Nasi goreng ni dihidang dengan telur mata, keropok, french fries, 3 ketul daging (daging gulung kalau tak silap) & 2 jenis sos.. memang hebatlah kalau sapa2 yang dpt habiskan sepinggan tu.. memang kenyang sekenyang2nya... sapa2 yang nak makan kat sini.. pastikan perut dikosongkan yer.. heee...



Pilihan kakak Dini & abang Haziq pula Chicken Chop & Fresh Orange... dorang berdua ni asal mkn kat luar asyik2 pilih chicken chop... taknak ke mencuba menu yang lain ?



Menu kat atas tu Nasi Goreng Soft Shell Crabs pilihan ibu... minuman pulak ibu pilih Jus Kedondong.. tapi terlupa pulak nak snap gambar Ibu pilih nasi goreng tu sebab tak pernah lagi merasa ketam kulit lembut tu. Dengar khabar ketam kulit lembut femes kat Kuala Gula, Perak ye? Tau pun dari seorang sahabat cyber iaitu Zaliedana tak lama dulu.. kalau nak tengok rupa ketam kulit lembut boleh klik SINI. Memang sedap rupanya! Ketam goreng tu boleh dimakan dengan kulit2 sekali sebab kulitnya memang lembutt.. hehe.. Manakala Omelette Special tu ibu pilih untuk adik Alin... kalau pilih menu nasi takut tak habis pula... itupun adik tak habis juga..




Makan saja2 14hb Julai 2012

Kali ni makan saja2 je.. takde sempena apa pun.. saja teringin nak mkn kat sini so abang ajak mkn sini... kdg ada juga dtg makan saja2 kat sini tapi tak ambik gambar terutama bila orang ramai sgt.. heheheee...
Menu pilihan ayah kali ni Nasi Goreng Kong Pou Chicken, pilihan ibu Claypot Lou Shu Fan... ni gara2 terasa sedap masa rasa yang ayah order masa makan sebelumnya (tak ambik gambar langsung masa tu) tu sebab ibu order menu ni pulak.. mee ini dihidangkan bersama sambalnya.. yummy
Hahh.. kan dah kata.. budak2 ni memang takde menu lain kalau makan kat luar mesti Chicken Chop! Kali ni untuk adik Alin pun order yang sama macam kakak & abangnya juga...




Birthday En. Hubby ~ 7hb September 2012

Ini gambar terbaru ni.. hee.. digabungkan sekali dalam entry ni sebab semua nak paparkan gambar di Murni Sunway... sempena birthday en. hubby baru2 ni.. sekali lagi ibu belanja ayah & anak2... pilihan ayah tetaplah Murni Sunway.. ibu ikut je... Sebelum keluar rumah.. berposing dulu.. bukan selalu pun... sekali sekala...



Dah sampai restoren.. untuk adik Alin kami orderkan Nasi Goreng Cina & Milo Dinosaur.. nasi gorengnya luak suku je... adeiii.... sayangnya!



Kali ni tak banyak ambik gambar kat kedai sebab SEGAN hehe... snap menu mana yang sempat aje... & menu pilihan en. hubby kali ni ialah Nasi Goreng Black Pepper Steak & Jus Lemon Special Kali ni kakak Dini & abang Haziq ada up sikit dorang punya menu... kalau sebelum ni asyik order Chicken Chop.. kali ni dorang order Nasi Goreng Chicken Chop pulak.. airnya tetap sama.. Fresh Orange.. hehe... Ibu pun teringin nak makan Chicken Chop kali ni.. tapi mau yang berasap2 punya.. jadi ibu order Sizzling Chicken Chop minuman pulak ibu order Honey Lemon Tea Tapi tulah.. sayang2nya semua tu tak di snap gambar.. kes malu punya pasal

Oklah.. itu je pun gambar2nya... selamat bercuti buat semua.... Terima kasih sudi bertandang ke sini...


Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi sila layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008464.ip-198-27-69.net